Cemburukah kita melihat kebahagiaan orang lain....? Cemburu dan dengki yang ada di jiwa itu membayangkan bahawa jiwa kita sakit kerana membiarkan berlegar dalam diri. Betulkah? Betullah tu kot... Jiwa kita sedang sakit jika kita cemburu dan dengki akan kebahagiaan orang lain. Ini di sebut hasad dengki iaitu sifat cemburu yang ada di jiwa telah melampaui batas.
Dengki.... Kenapa Ada Di Jiwa...!
Perasaan ini jika tidak di bendung boleh membawa kepada kerosakan sebagaimana api yang membakar kayu yang kering. Kenapa biarkan hati di belenggu begini sedangkan anda sendiri boleh mencari kebahagiaan itu. Jadikan kebahagiaan orang lain sebagai inspirasi agar kita juga mampu menikmati kenikmatan yang sama.
~ Firman Allah swt, "Dihiaskan (dan di jadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak. Harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semua itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." (QS Ali-Imraan 3:14) ~
Apabila rasa cemburu dan dengki menerpa... rajin-rajinkanlah beristigfar dan berzikir menyebut-nyebut nama Allah. Insya'allah perasaan itu akan menjauh dan timbul rasa tenang dan nyaman. Dan juga eloklah sentiasa berselawat kepada rasul juga. Hati dan jiwa pasti akan tenteram. Tazkirah minggu ini.... Nak lihat tazkirah yang lepas-lepas, boleh klik SINI .....
p/s : Salam Jumaat.... :)
#kredit SINI
Setuju dengan entry ni. tak perlu ada sifat dengki dalam diri dengan kejayaan orang lain. Sebaliknya, cuba jadikan ia sebagai satu inspirasi kita untuk turut berjaya dan berusaha.
ReplyDelete