Setelah menunggu lebih sebulan, akhirnya cheque nuffnang sampai kelmarin. Alhamdulillah, walau tak sebanyak jumlah cheque yang terdahulu... jadilah. Ini kali ke empat aku menunaikan cheque nuffnang sejak mula berblog 6 tahun lalu. Taklah banyak jumlah keseluruhan yang pernah aku dapat setakat ni.... kurang sedikit dari dua ribu lebih je.
Dapat Cheque Nuffnang Lagi.... ^-^peace!! |
Entah kenapa nuffnang sekarang dah tak semeriah dulu. Kempen CPUV pun dah jarang dapat banyak seperti dulu. Apatah lagi CPC.... takde orang nak klik iklan nuffnang dah... isk! Atau mungkin dah banyak blog yang tumbuh di alam maya ni kot.... Jadi, banyak tempat yang nuffnang nak di agihkan. Tu yang jadi berkurang pendapatan.... andaian aku je la.. hurm!
Dapat Cheque Nuffnang Lagi.... ^-^peace!!
Nuffnang sekarang pun lebih berhati-hati dan bersikap tegas dengan setiap cpuv dan cpc yang di terima. Buktinya kita takkan dapat pendapatan penuh seperti yang tertera pada jumlah pendapatan pada akaun nuffnang kita sebelum di keluarkan. Hampir lima puluh hengget jugak la kena tolak. Tapi rasanya takde plak aku klik iklan nuffnang kat blog sendiri..... Entahlah, nak tak nak, kena redha jer... !
Duit yang dapat, aku bercadang nak beli blouse anak-anak. Bulan lepas, aku dah belikan seluar jeans mereka. Dah lama tak membeli pakaian untuk berjalan-jalan pada anak-anak. Lagipun bila dapat duit macam ni... biarlah ada benda yang nampak. Kalau sekadar di buat makan minum macam tak seronok rasanya.
Nantilah, cheque dah masuk bank. Tunggu beberapa hari, dapatlah duit tu. Aku nak beli baju secara online jer. Lebih mudah klik dan klik dan pilih. Bila dah siap memilih dan membeli, aku tunjuk lagi kat blog ni. Tungguuuuuu! Nak baca cerita aku tentang nuffnang di blog ni..... klik SINI
p/s: Duit nuffnang ni, walaupun sikit..... lepas jugalah sesak!
seronoknyaa. airah tak tau bila boleh dapat duit nuffnang ni
ReplyDeletewahh...semoga terus murah rezeki...
ReplyDeletealhamdulillah, rezeki yg di peroleh di kongsi bsama dgn kluarga. smoga terus sukses dlm dunia blog & di murahkn rezeki slalu =) amin
ReplyDeletewow.tahniah (^_^).
ReplyDeleteAllhamdulillah... memang seronok ni.... all the best sis
ReplyDeletealhamdulillah. rezeki anak anak :)
ReplyDeletesinggah isi tabung :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/10-tips-penjagaan-bateri-iphone.html
alhamdulillah rezeki berblogging :)
ReplyDeleteKira banyak dah tuu kalau kurang sikit dari dua ribu. Uhuk uhuk. :)
ReplyDeleteTahniah Akma, semoga murah rezeki awak.. =) seronok btul bila dapat cek kan..
ReplyDeletesyukur ada juga duit buat beli baju anak2 kan
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tahniah... Ade juga pendapatan sampingan boleh dapat melalui blog..
ReplyDelete