Aku bukan pakar membuat kek. Setakat buat untuk makan sendiri sahaja bolehlah.... Tapi untuk proses pembelajaran, aku pernah cuba belajar sendiri. Ada yang menjadi dan ada yang kurang menjadi. Rupanya ada cara mudah memotong lapisan kek, cuma menggunakan benang dan pencungkil gigi. Pernah kek yang aku buat patah berderai dek kesilapan memotong lapisan kek. Biasalah tu... hahaha!
Cara Mudah Memotong Lapisan Kek Menggunakan Benang Dan Pencungkil Gigi |
Cara nak memotong lapisan kek nampak sangat mudah sahaja. Boleh buat dua atau tiga lapis potongan kalau macam ni. Tapi kena hati-hati juga. Takut pecah berderai. Kalau dah berkemahiran senang sahaja nak membuatnya. Tak adalah pemotongan kek menjadi senget benget dan patah riuk dikerjakan. Apapun canggih juga cara ini.
Cara Mudah Memotong Lapisan Kek Menggunakan Benang Dan Pencungkil Gigi
Bahan yang diperlukan:
Kek
Benang
Pencungkil gigi
Cara-cara:
Ukur ketinggian yang diperlukan dengan pembaris. Tandakan dengan pencungkil gigi. Buat dalam 5 - 6 tempat disekeliling kek.
Ambil benang dan lilit sekali disekeliling kek di atas ukuran pengcungkil gigi. Tarik benang berhati-hati sehingga kek terpotong oleh benang tadi.
Lepas tu dengan menggunakan pisau lepa, angkat berhati-hati dan terbalikkan di atas kertas minyak. Bolehlah di hias dengan krim, coklat dan apa-apa saja. dan letakkan kembali seperti biasa dan di hias cantik.
Itu jer la.... teringat kek yang aku pernah buat. Walaupun kek berkecai senget benget di atas kesilapan memotong lapisan tapi setelah di baiki, di cantum dan di lepa buttercream.... cantik juga di mata anak-anak. Apatah lagi setelah di hias chocolate rice dan rainbow rice....hihi!
p/s: Jom buat kek coklat .... resepi SINI
No comments:
Post a Comment