Selalu terjadi bila menggunakan telur untuk memasak.... apabila memecahkan telur ke dalam bekas atau mangkuk, ada saja serpihan kulit telur yang tercicir. Al maklum tak pakar memecahkan telur macam kat tv tu. Stress di buatnya jugak, lebih-lebih lagi bila nak cepat. Serpihan kulit telur ni memang amat menjengkel kan....
Cara Mudah Keluarkan Serpihan Kulit Telur Cicir Dalam Bekas |
Rupanya ada cara mudah nak menyelesaikan masaalah macam ni. Tak terfikir cara macam ni.... Kalau tidak, dari dulu lagi sudah kulakukan. Tidaklah berhempas-pulas untuk mengeluarkannya. Puaslah bekas ditonggeng ke tepi dan ke tengah. Tidak juga dapat diambil serpihannya itu.
Cara Mudah Keluarkan Serpihan Kulit Telur Cicir Dalam Bekas
Dengan tekstur cecair telur yang licin menyukarkan kita untuk membuang serpihan kulit telur itu. Gunakan kulit telur yang lain iaitu yang besar sedikit saiznya, dan jadikan seperti sudu untuk kaup keluar serpihan telur yang ada dalam mangkuk.
Kulit telur yang kasar dengan mudah akan menarik serpihan tersebut dan dapatlah anda teruskan memasak dengan tenang. Tak payah stress sangat lagi. Tapi macam mana pun kena juga hati-hati bila memecahkan telur. Kalau terjadi juga, tak apa, ada cara yang senang sangat.... Semudah itu sahaja... kan!
Lihat lebih banyak petua di SINI
p/s : Apapun sebelum menggunakan telur, jangan lupa basuh dulu telur tu... Jaga kebersihan... :)
wah tips yang berguna nih . hehe
ReplyDeleteNew info ..selalu buang serpihan telur dgn sudu ja .. lepas ni buleyh cuba pkai kulit telur
ReplyDelete