09 February 2017

Cara Membezakan Produk Kosmetik Berjenama Tiruan Dan Asli

Produk kosmetik di jual merata-rata tempat. Di pusat membeli belah, di pasaraya, di kedai serbaneka, pasar malam dan tepi jalan pun ada. Produk kosmetik berjenama biasanya di jual di pusat membeli belah terkenal dan di pasaraya besar. Harganya jauh lebih mahal dari produk tak berjenama. Masaalahnya ada produk kosmetik tiruan di jual sebagai yang asli dan sudah tentu harganya sama dengan yang asli.

Cara Membezakan Produk Kosmetik Berjenama Tiruan Dan Asli
Cara Membezakan Produk Kosmetik Berjenama Tiruan Dan Asli

Beli barang mahal, rupanya barang fake atau tiruan. Bukan saja rugi wang tapi wajah mungkin jadi mangsa kerana sudah tentu kandungan produk kosmetik tiruan ini tidak dijamin keselamatannya. Lainlah jika dapat di beli dengan harga yang jauh lebih murah dan tak kisah dengan kandungannya. Untuk mengelakkan terbeli barangan tiruan ini berikut adalah tip yang perlu anda perhatikan....

Cara Membezakan Produk Kosmetik Berjenama Tiruan Dan Asli


Hanya beli di premis yang disenaraikan
Beli barang kosmetik berjenama pilihan anda hanya di kaunter dan premis yang disahkan. Rajinkan diri membuka laman web pengeluar untuk memastikannya.Maksudnya beli dari agen sah sahaja. Jika di jual di pasar malam atau kedai serbaneka sudah pasti ia tiruan.

Perhatikan kemasannya
Ada produk kosmetik tiruan yang kelihatan sama saling tak tumpah dengan yang asli. Satu cara untuk memastikannya adalah dengan membandingkannya dengan kemasan asli. Sebelum membeli ambil dulu gambar produk asli, lebih elok bawa sekali produk tersebut. Memang ada kelainan pada warna, saiz, tulisan malah berat produk yang boleh dibezakan ketika anda memegangnya.

Periksa barcode, nombor siri dan maklumat pengeluar
Sekiranya produk tersebut adalah tiruan nombor kedua atau ketiga pada barcode tidak sama dengan nombor pada kemasan ataupun pada produk itu sendiri. Nombor siri produk tiruan juga sering kali tidak kelihatan. Produk kosmetik asli akan mempunyai nombor siri yang sama pada kemasannya. Selain itu ia turut tertera kandungan produk dan barangan asli selalunya akan mencatatkan kandungan dalam beberapa bahasa.

Warna produk kosmetik
Pembayang mata, pemerah pipi atau lipstik yang palsu akan menggunakan warna yang berbeza dengan asli. Sila buka laman web pengeluar untuk memastikan warnanya.

Ambil kira bau dan kandungan
Produk kosmetik asli tidak akan memperlihatkan sebarang kandungan yang meragukan. Lipstik tiruan misalnya kelihatan tidak menarik dan terdapat cela. Produk asli selalunya akan mempunyai bau yang enak berbanding tiruan yang akan berbau busuk atau terlebih wangi.

Cuba sebelum beli
Produk berkuali tinggi seperti pembayang mata atau pemerah pipi tidak akan mula hilang walaupun sudah lama digunakan. Begitu juga maskara yang tidak akan berketul bila diaplikasikan.

Jadi, biar alah membeli dan menang memakai. Barulah kualiti bersamaan dengan harganya dan tidak terkena. Produk kosmetik  fake dan tiruan ini lebih mengundang risiko dan bahaya yang wajar di jauhi. Kalau tidak, lebih baik gunakan produk kosmetik mesra alam dan buatan orang kita yang di jamin halal.

Untuk lebih info kecantikan.... klik SINI

p/s: Nak cantik pakai kosmetik berjenama.... berhati-hati yer!

#kredit SINI


2 comments:

  1. Betul tu...kalau terlampau murah memang diragui. Baik pakai je brand biasa2 janji dijamin takde kandungan mencurigakan. Nice sharing!

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat tu. Salah pilih kosmetik boleh rosak muka.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...