Sudah menjadi kebiasaan bagi orang Melayu akan menyediakan air mandian herba dari daun-daun herba yang berkhasiat untuk wanita baru lepas melahirkan anak @ lepas bersalin iaitu waktu dalam pantang. Ada yang melakukan selama 44 hari genap berpantang. Tapi ada yang melakukan kurang dari itu. Aku melakukan dalam tempoh tujuh hari sahaja mandi air mandian herba dalam pantang ni. Selebihnya mandi air panas sahaja sehingga habis pantang.
Air Mandian Herba Dalam Pantang.... |
Macam-macam ramuan air mandian yang aku jumpa masa buat carian di internet. Zaman sekarang ramai yang tak ada masa dan tak mengenali herba-herba mandian ni. Dah ada yang jual herba mandian untuk membuat air mandian dalam pantang. Suatu inovasi jugak tu dalam mencari dan mencapai peluang perniagaan.
Tapi yang ingin buat sendiri, tak ada salahnya. Kalau tak jumpa dan susah nak dapat daun-daun herba yang lain, abaikan ajelah. Bahan-bahan yang biasa di gunakan dalam masakan biasanya di gunakan dalam mandian dalam pantang. Jadi taklah susah. Boleh di beli di pasar biasa. Bahan herba yang lain-lain tu biasanya boleh didapati dengan mudah di kampung, tapi takde jual di bandar.
Air Mandian Herba Dalam Pantang....
- Serai
- Halia
- Daun Pandan
- Daun Limau Purut
- Lengkuas- Halba Campur (dibunjutkan)
- Daun Jambu Batu*
- Daun Serai Wangi*
- Daun Lengkuas*
- Daun Senduduk*
- Daun Inai*
- Daun Pisang Kelat(pisang hutan)*
(yang bertanda * kalau takde pun tak apa aihh... !)
Cara membuatnya:
Ikutlah kesesuaian anggaran bahan-bahan untuk merebusnya iaitu separuh dari periuk besar. Air di isi sampai penuh. Rebus sehingga mendidih dan air bertukar ke warna air teh. Bila nak digunakan untuk mandi, tambah lagi air paip kedalam air mandian sehingga air menjadi suam dan sesuai di buat mandi.
Mandi air rebusan daun herba ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
Air rebusan herba ini boleh di rebus kembali sehingga 2 - 4 kali rebusan. Selepas itu, boleh ditukar kepada air rebusan yang baru. Air mandian ni digunakan ibu yang baru bersalin 2 kali sehari iaitu di waktu pagi dan petang. Pada Ibu yang berpantang ia akan dapat membantu melancarkan pengedaran darah, membuang angin dalam badan, mengembalikan kesegaran dan menigkatkan aura dalaman serta berfungsi sebagai aroma untuk menghilangkan stress.
Ia juga dapat mengendurkan dan merehatkan urat saraf dan mempercepatkan proses ibu berpantang menjadi sihat dan dapat menjaga anak yang baru dilahirkan seterusnya keluarga. Itulah serba sedikit pengetahuan yang aku tahu dari pemerhatian aku dan pengalaman sewaktu bersalin dahulu. Tanya juga pada orang-orang lama dan orang tua di kampung.
Sebelum ni pernah aku buat cerita pasal jadual pemakanan ibu dalam pantang..... nak baca, klik SINI
Sebelum ni pernah aku buat cerita pasal jadual pemakanan ibu dalam pantang..... nak baca, klik SINI
p/s: Ada pengalaman... Air mandian aku tu sangatlah gatal dek daun pisang berisi semut yang bersarang. Puas bergaru lepas tu.... hihi!
No comments:
Post a Comment