02 January 2017

Warna Pilihan 2017: Hijau!

Wah.... Bila mengetahui warna pilihan  2017 ini, mata aku terbeliak jugalah.... Hijau tu bukanlah warna yang aku suka sangat nak menggayakannya.  Macam mana pun warna hijau memang menyejukkan pandangan mata. Anak perempuan ada belikan kain warna hijau untuk aku. Kain untuk dibuat baju bersama kawan-kawan pun warna hijau. Betul la sangat warna pilihan  2017 ni, warna hijau mendominasi tahun ini.

Warna Pilihan 2017: Hijau!
Warna Pilihan 2017: Hijau!

Sebuah syarikat yang khusus mengkaji trend warna terkini setiap tahun, Pantone Color Institute yang berpusat di Amerika Syarikat telah mengatakan bahawa  warna yang akan mendominasi tahun 2017 adalah hijau. Tapi bukan sebarangan hijau yang di maksudkan mereka.

Warna Pilihan 2017


Hijau yang dimaksudkan oleh Pantone Color Institute adalah yang segar, penuh ghairah dengan paduan bayang-bayang kuning, seperti pada hari-hari pertama musim bunga, ketika dedaunan di alam mulai tumbuh dan bertunas. Kehijauan ini melambangkan semangat, kelahiran dan suasana baru yang lebih hangat sehangat matahari katanya.

Untuk menentukan trend warna setiap tahunnya Pantone mengaku menghabiskan waktu setahun untuk mempelajari fesyen, produk, media sosial, dan teknologi. Semua itu dilakukan untuk mencari apa yang paling banyak mempengaruhi suasana hati masyarakat dan warna apa yang paling tepat untuk menggambarkannya.

Warna hijau yang menjadi pilihan kini, membuktikan semakin tinggi kesedaran masyarakat menghargai dan melindungi alam sekitar. Justeru peliharalah kehijauan hutan dan pokok untuk keseimbangan ekologi bumi agar warna alam ini akan terus hidup dan mekar di hati dan jiwa kita semua.

p/s : Warna tunas baru tumbuh tu... warna hijau muda atau hijau pucuk pisang la yer!

2 comments:

  1. Wah..warna hijau bakal mendominasi ya tahun 2017 ni..hihi..

    ReplyDelete
  2. warna hijau ya.. cantik juga.. lagipun warna hijau seperti pokok2 menyihatkan mata.. mampu mengurangkan rabun mata..

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...