05 January 2017

Tumbuhan Pokok Letup-letup Kelambu Yang Unik.....

Sejenis lagi tumbuhan pokok letup- letup yang tumbuh liar di kawasan kampung. Bulan lepas pernah aku tulis tentan tumbuhan letup-letup bulu. Nak baca artikel tu boleh klik SINI Tumbuhan letup-letup kelambu ni berbeza sama sekali dengan letup-letup bulu.

Tumbuhan Pokok Letup-letup Kelambu Yang Unik.....
Tumbuhan Pokok Letup-letup Kelambu Yang Unik..... 

Pokok Letup-letup Kelambu


Ia dari jenis pokok renek dan buahnya diselaputi penutup yang dipanggil kelambu. Buah letup-letup kelambu juga boleh dimakan dan pokoknya merupakan tumbuhan herba yang mengandungi pelbagai khasiat perubatan. Buahnya akan bertukar warna kuning apabila matang dan boleh dimakan.

Nama saintifiknya Physalis. Yang biasa tumbuh di Malaysia adalah dari kultivar Physalis Angulata..yang dijual di pasaraya besar tu (cape gooseberry) dari kultivar Physalis Peruviana. Banyak sangat khasiatnya..rasa pun sedap. Kaya dengan flavonoid, vitamin A, B, C dan protein. Pokok boleh ditanam menggunakan biji benih. Jenis pokok renek perennial ketinggian antara 50cm ke 1m. Satu spesies dengan tomatillo.

Antara khasiat pokok letup-letup kelambu yang telah di kenal pasti:


Influenza dan Sakit Influenza Tenggorok/tekak.
Pokok letup-letup kelambu (semua bahagian) yang dah dipotong-potong ukuran 3-4 cm dijemur, dah kering dibungkus supaya tak lembab lagi. Kemudian ambil kira-kira sebanyak 9-15 g direbus, airnya diminum. Minum sebanyak 3 kali sehari, atau sesuai dengan keperluan. Boleh juga guna untuk ubat batuk (pertusis), bronchitis (radang saluran nafas), beguk (mumps), pembengkakan buah zakar (orchitis).

Kencing Manis (diabetes). 
Sama dengan cara di atas...tapi masa merebus, rebuslah dengan 2 gelas air, hingga tinggal 1 gelas. Selepas dah sejuk, tapis dan minum sekaligus waktu pagi. Hampasnya boleh direbus sekali lagi, diminum pada waktu petang.

Sakit paru-paru. 
Sama dgn cara pertama juga. Masa rebus, gunakan 3-5 gelas air. Setelah mendidih, sejukkan dan tapis, minum airnya 3 kali sehari.

Sawan. 
Buah letup-letup kelambu ambil 8 – 10 biji dimakan setiap hari.


Selain untuk penyakit dalaman, pokok letup-letup kelambu juga boleh digunakan sebagai ubat sapu.


Bisul. 
Ambil daun pokok letup-letup kelambu sebanyak 1/2 genggam dicuci bersih lalu digiling halus. Sapukankan pada bisul, dan dibalut. Ganti 2 kali sehari.

Beguk. 
Ambil daun pokok letup-letup kelambu sebanyak 1/2 genggam dicuci n digiling halus. Tambahkan air kapur sirih secukupnya, lalu diturapkan ke beguk. Ganti 2 kali sehari.

Diharapkan suatu masa nanti pokok letup-letup kelambu ini akan ditanam secara komersial kerana mempunyai pelbagai khasiat perubatan. 

p/s : Masa kecik dulu bila ikut mak menanam sayuran kat tepi kebun... Kalau terjumpa tumbuhan liar daunnya macam pokok cili, mak tak bagi cabut. Inilah pokoknya yang tumbuh....!

#kredit SINI

2 comments:

  1. Masa kecik2 dulu duk main je buah letup2 ni..ada jenis tu yg isi dia macam buah markisa..sedap...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...