Kengkadang tu tekanan @ stress menyingggah juga dalam hidupku. Tetapi kalau asyik di timpa tekanan @ stress ni, kepala mula berdenyut dan terasa pening sahaja. Kenalah cari cara untuk bertenang dan menurunkan tekanan yang sedang dialami.
Tips Mengurangkan Tekanan @ Stress |
Namun, keupayaan mengendali stres ini bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang. Kenalah bijak mengawal dan melindungi diri dari stress. Pun begitu, tidak salah rasanya jika anda cuba mengamalkan tip berikut bagi mengurangkan tekanan tersebut.
Tips Mengurangkan Tekanan @ Stress...
Minum Teh Dan Nikmatinya
Khasiat antioksidan yang terdapat dalam minuman teh berupaya menenangkan fikiran anda. Aroma dan rasa yang hadir dalam setiap sedutan teh membuatkan anda bebas daripada tekanan. Ambil masa kira-kira 10 minit untuk menghirup minuman ini.
Mengunyah Gula Getah
Menurut salah seorang ahli PhD dari Centre for Human Psychopharmacology Swinburne University, mengunyah gula getah saat mengalami stres boleh membuatkan sesorang itu rasa lebih tenang dan relaks. Tindakbalas yang terhasil daripada kunyahan berkenaan meningkatkan aliran darah ke otak sekaligus membantu kecergasan dan kecerdasan mental dan fizikal.
Senaman Ringan
Gerakkan jari-jemari dan sendi otot dengan melakukan senaman ringkas di rumah. Regangkan tubuh anda dengan melakukan beberapa aksi yang mudah seperti lompat bintang, lari setempat dan sebagainya. Menggenggam bola tenis misalnya sambil memutarkan ia dipercayai dapat memberi respon positif kepada tubuh badan.
Mengarang / Menulis
Luahkan perasaan indah, sedih dan lucu di atas sekeping kertas. Aktiviti mengarang samada berkaitan perasaan atau memori silam anda dikatakan mampu mencipta aura tersendiri yang bisa membuatkan anda lupa terhadap tekanan yang sedang dialami. Teruskan menulis mengikut kata hati sehingga anda benar-benar berasa puas.
Hindari Gajet atau Internet Sebentar
Bebaskan diri anda daripada belenggu pesanan yang dihantar melalui emel mahupun telefon canggih. Dikatakan mereka yang kerap berinteraksi dengan gajet berteknologi tinggi ini sering merasa khuatir dan tidak punya masa sendiri untuk beriadah. Justeru, jauhkan diri anda daripada peralatan canggih ini selama 30 - 45 minit bagi merendahkan tekanan yang dialami.
Sedar atau tidak, perlakuan berulang-ulang yang berlaku ketika menyapu, membasuh kain, mencuci pinggan mangkuk dan melipat baju tanpa kita sedari menghasilkan rhythm tersendiri tatkala sibuk menguruskan kerja-kerja rumah. Tanpa kita sedari, rhythm yang terhasil itu membuatkan anda lebih fokus dan relaks.
Solat - Mendekatkan Diri Dengan Allah
Ambillah wuduk dan solat dengan kusyuk. Akhirilah solat dengan zikir dan berdoa mintalah ketenangan dan kebahagiaan diri dengan hati yang ikhlas, tulus dan murni kepadaNya. Insya'allah hati akan berasa lebih lapang dan lega.
Itulah serba sedikit cara untuk mengurangkan dan menghilangkan stress yang di alami. Jangan pendam begitu sahaja. Jika berlarutan boleh merosakkan jiwa dan menggangu kesihatan tubuh badan. Boleh baca lagi banyak tips yang telah di kongsi dalam blog ini..... Klik SINI
p/s: Bila terlampau stres tekanan darah pun boleh naik.... oleh itu, jauhkan stress :)
#kredit SINI
Nice sharing sis.. =) Yea solat adalah ubat stres yang paling terbaik sekali..
ReplyDeleteGood tips..
ReplyDeleteZety suka minun teh hijau or teh o panas..rasa segar je..stress pn leh kurang...
Satu lagi tido..heheh
spitoutkata.blogspot.com