Tips Kilatkan Barang Kemas Supaya Nampak Seperti Baru
Barang Kemas yang baru di beli memanglah cantik bersinar dan berkilat sebab barang baru. Tapi bila dah lama memakainya, barang kemas itu bertukar menjadi kusam, hampir kehitaman dan berdaki di celah-celah pemukaan dalaman barang kemas tu. Barang kemas itu dah tak berapa cantik untuk di pakai dan di gayakan kemana-mana.
Tips Kilatkan Barang Kemas Supaya Nampak Seperti Baru |
Jadi, kali ini aku nak kongsikan di sini beberapa tips cara-cara mencuci barang kemas yang mudah dibuat sendiri. Boleh jer hantar ke kedai emas. Tapi dengar kata bahaya... Nanti diorang boleh kikis barang kemas tu sikit untuk ambil emas dan barang kemas kita akan jadi ringan. Lebih baik buat sendri. Tak susah mana pun.... senang sangat!
Beberapa Cara Untuk Kilatkan Barang Kemas
Cara 1:
Rendam barang kemas dalam air suam selama satu jam. Lepas tu guna berus gigi yang dah buruk tu tapi pastikan berus gigi tu lembut tau. Bubuh ubat gigi sikit..cuci dan berus keseluruhan barang kemas tu. Bilas dan rendam semula dengan air selama sejam.Lepas tu keluarkan dan sejatkan atas kain kering.
Cara 2
Rendam barang-barang kemas dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian basuh dengan air biasa. Keringkan dengan kain yang bersih Seeloknya rendam semalaman sebelum tidur. Taklah rasa lama sangat masa menunggu.
Cara 3:
Rendam teh cina dalam air biasa dan biarkan semalaman. Kemudian barulah rendam barang kemas dalam air teh cina tu. Selepas sejam, bersihkan macam biasa..tapi lagi lama rendam lagi bagus.
Cara 4:
Ambil sedikit sos cili dan titiskan 2-3 titisan air bersih. Kemudian bolehlah sapukan campuran tadi pada barang kemas anda. Juga berus lah barang perhiasan anda secara perlahan-lahan dengan mengunakan berus gigi. Akhir sekali cara ini, bolehlah cuci dengan air macam biasa.
Insya'allah barang kemas anda akan memancar-mancar kilatnya. Blink-blink gitu.... kata budak-budak sekarang. Semoga memberi manafaat kepada sesiapa yang membacanya. Tips ni dapat dari pembacaan aku di FB dan aku olah kembali sessuai dengan gaya dan intipati blog ini. Sharing is caring... ^-^peace!
p/s : Barang kemas ni maksudnya perhiasan emas lah kan.... tapi emas sejanggut udang pun aku takde... hihi!
No comments:
Post a Comment