03 January 2017

Tip Menggunakan Pisau Dengan Cara Yang Betul...

Antara peralatan dapur terpenting yang perlu ada di setiap dapur adalah pisau. Menggunakan pisau dengan cara yang betul adalah penting supaya kerja-kerja dapur dapat dilakukan dengan mudah. Pisau dapur ada bermacam jenis dan bentuk juga.  Seelok-eloknya kita menggunakan pisau dengan cara yang betul mengikut fungsi sesuatu pisau.

Tip Menggunakan Pisau Dengan Cara Yang Betul...
Tip Menggunakan Pisau Dengan Cara Yang Betul...

Memilih pisau dapur yang betul dan tepat dapat membantu proses memasak.Ada pisau yang di khususkan untuk memotong daging, buah-buahan dan sayuran, roti serta berbagai lagi. Lagi tajam, lagi mudah kerja memasak. Tapi tidak cukup membeli pisau dapur dengan kualiti yang baik, anda nak juga tahu macam mana nak jaga pisau agar lebih tahan lama dan tak cepat tumpul.

Ini ada beberapa tip yang perlu di teliti :

Di perbuat Dari Bahan yang Tepat
Salah satu cara untuk memilih pisau yang tepat adalah dengan memilih pisau yang berbahan anti karat. Pilihan pisau stainless steel sangat baik karena tidak mudah berkarat. Anda juga dapat memilih pisau dapur dengan bahan seramik. Kelebihan pisau dengan bahan ini membuatkan mudah  untuk mengasahnya.

Penggunaan Sesuai dengan Fungsinya
Menggunakan pisau sesuai dengan fungsinya akan membuat pisau lebih tahan lama. Pisau memiliki berbagai jenis, misalnya ada pisau buah, roti, dan pisau potong. Gunakan pisau sesuai dengan fungsinya akan membantu pisau tahan lama.

Jangan Lupa untuk Asah 
Untuk menjaga ketajamannya, pisau kena selalu diasah. Ingat, pisau untuk memotong daging kena lebih selalu diasah dibandingkan dengan pisau buah atau sayur.

Bersihkan dengan Teratur
Setelah menggunakan pisau sebaiknya segera cuci dengan sabun. Kemudian lap hingga kering sebelum disimpan. Hindari menyimpan pisau dalam keadaan kotor karena dapat menyebabkan karat.

Simpan Pisau di Tempat Kering
Setelah dicuci dengan bersih dan di lap hingga kering, pastikan anda menyimpan pisau di tempat yang kering dan bersih. Hindari menyimpan pisau di tempat yang lembap kerana ini menyebabkan pisau mudah karat. 

Selain dari semua perkara di atas, elakkan dari letak pisau merata-rata untuk menjaga keselamatan anak-anak. Inilah antara beberapa cara penggunaan dan penjagaan pisau. Di harap informasi ini dapat memberi sedikit manafaat.

p/s : Hati-hati menggunakan pisau.... jangan terhiris jari sendiri, sudah!

7 Perkara Yang Perlu Sebelum Masuk Dapur..... Klik di SINI

#kredit SINI

1 comment:

  1. saya paling stress bila pisau tak tajam . huhu , rasa lembap betul buat kerja haa

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...