Di zaman moden ini ramai orang, baik lelaki atau wanita boleh memilih kehidupan sendirian tanpa berpasangan dan berkeluarga.Tapi sekuat mana pun diri dan sehebat mana pun hidup berdikari, hidup tetap takkan sempurna tanpa "penyempurnaan agama" iaitu perkahwinan. Perkahwinan melengkapi kehidupan yang menjadi fitrah manusia Ianya akan memenuhi tuntutan agama dan perkahwinan melengkapi hidup kekeluargaan dan keturunan. Ianya juga adalah salah satu Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Perkahwinan Melengkapi Separuh Dari Agama... |
Bila seseorang hamba itu berkahwin, dengan izinNya, dia boleh mengatasi banyak perangkap syaitan kerana perkahwinan akan membantu diri untuk tundukkan pandangan dan jaga kehormatan diri...
Perkahwinan Melengkapi Separuh Dari Agama...
Seperti sabda Nabi Muhammad SAW " Wahai golongan pemuda, sesiapa diantara kamu yang mempunyai kemampuan, hendaklah ia berkahwin kerana kahwin itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan (kesucian dan kehormatan diri)." (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain, Nabi Muhammad SAW telah bersabda "Apabila seseorang hamba itu telah berkahwin, maka dia telah memenuhi separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah SWT pada separuh lagi yang belum disempurnakan". (HR Al-Baihaqi)
Sesungguhnya hakikat perkahwinan sangatlah suci dan murni. Ianya merupakan ikatan antara dua hati dan jiwa. Melalui perkahwinan, kesabaran, kesetiaan, ketaatan dan keyakinan diri seseorang akan di uji. Oleh itu, ia akan menyempurnakan dan melengkapi separuh dari agama bila kita berusaha menjalankan tanggungjawab ini sebaik-baiknya.
Bila sudah menempuh alam perkahwinan jagalah perkahwinan itu sebaiknya agar ikatan dua hati dan jiwa terus bersemi dan subur. Seiring waktu, jangan biarkan cinta kasih pudar dan terkulai layu. Suburkannya dengan penuh keimanan dan taqwa. Insya' allah, separuh dari agama ini akan saling melengkapi dalam perkahwinan.... aaminn....
p/s: Tazkirah pendek je... Salam Jumaat... :)
Salam Jumaat :) Nice Sharing!
ReplyDeleteNew Update: How My Senior Year?
berat tanggungjawab dalam sesebuah perkahwinan sebab tu melengkapi separuh dari agama. nice sharing! :)
ReplyDeletejemput join bloglist saya http://farhannajafri.blogspot.com/2017/01/pencarian-bloglist-blog-baru.html