31 January 2017

Jauhi Produk Kesihatan Merepek, Ikut Nasihat Pakar

Ngeri aku dapat tau ramai pesakit yang mencari perubatan alternatif iaitu produk kesihatan merepek yang berleluasa di pasaran. Kononnya nak menyembuhkan penyakit tetapi sakit makin teruk. Ada yang mengalami kerosakan buah pinggang kronik hingga terpaksa menjalani dialisis seumur hidup. Seeloknya di jauhi produk kesihatan merepek yang entah apa-apa ni, mudarat je yang dapat.

Jauhi Produk Kesihatan Merepek, Ikut Nasihat Pakar
Jauhi Produk Kesihatan Merepek, Ikut Nasihat Pakar

Produk kesihatan biasanya memanglah ikut iklan yang di war-warkan tu semuanya bagus dan baik-baikbbelaka. Bila di amati semuanya sama sahaja. Cuma kotak pembalutnya sahaja lain-lain. Testimoni produk nampak sangat meyakinkan padabproduk supplemen dan jus merepek yang entah tak ketahuan isi kandungannya. Tapi macam ada sesuatu yang tak kena je... korang rasa?

Jauhi Produk Kesihatan Merepek, Ikut Nasihat Pakar


Kau ada penyakit, ikut nasihat pakar perubatan iaitu doktor. Makan ubat ikut preskripsi yang diberi oleh klinik kesihatan.   Ikut semua nasihat dan saranan yang diberikan oleh doktor. Tak perlulah dengar dari pihak lain dengan mengatakan tak perlu makan ubat doktor, minum jus atau makan supplemmen sekian-sekian penyakit boleh baik. Tak boleh macam tu....

Doktor ni dah terlatih. Belajar bidang perubatan bertahun-tahun dan kos belajar sangat mahal. Jadi, takkanlah nasihat dan saranan doktor tu tak betul...ya tak? Tak perlulah membazir dengan membeli produk merepek tu. Jagalah kesihatan diri dengan sepenuh hati demi orang tersayang.

Nak baca lagi tentang kesihatan klik SINI

p/s: Tapi kalau nak beli dan makan atau minum juga, tak perlulah sampai ketepikan ubat doktor... itupun kalau nak menambahkan kekayaan jutawan produk.... ish ish!

 #kredit SINI


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...