11 January 2017

Ikatan Tali Kasut Yang Berbagai Cara....

Sewaktu sekolah baru bermula minggu lepas, anak-anak sibuk memasang tali kasut dan mencuba memakainya. Anak perempuan bongsu pertama kali menggunakan kasut sekolah bertali. Dah masuk sekolah menengah, kenalah pakai yang bertali, katanya Jadi, kenalah beri sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk memasang dan mengikat tali kasut. Terkial-kial dia nak mengikat tali kasut tu.

Ikatan Tali Kasut Yang Berbagai Cara....
Ikatan Tali Kasut Yang Berbagai Cara....

Banyak cara ikatan tali kasut rupanya. Aku tahu satu dua cara sahaja. Hari ni aku jumpa gambar ikatan tali kasut ni. Di cari tak jumpa tapi hari ni jumpa tanpa sengaja. Suka anak perempuan bongsu aku tu bila tunjuk gambar ni bila nak kesekolah tadi. Nanti ada kelapangan, dia nak belajar mengikat ikut cara-cara tu.

Anak bongsu belajar ikat tali kasut


So, aku tepek gambar ni di blog kesayangan aku ni. Senang nak cari. Buka je blog sendiri. Anak aku tu tak lepas lagi belajar ikat tali kasut tu. Susah katanya.... walau dah di ajar oleh aku dan abangnya berkali-kali. Sekarang ni, tak jadi  dia memakai kasut bertali.... Pergi sekolah pakai kasut lama yang tak bertali tahun lepas punya.

Susah sebab sekolah petang... kena buka dan tanggal kasut berkali-kali sebab nak pergi surau solat zohor dan asar nanti. Itulah sebabnya dah aku suruh pilih dan beli yang mudah tak bertali tak nak. Tak apalah.... kita belajar pasang dan ikat tali kasut sampai pandai nanti. Sama-sama lah kita belajar nanti yer.Klik SINI kalau nak tau cerita  tentang anak bongsu yang baru masuk sekolah menengah....

p/s : Alahai... anak...anak... macam-macam kira.... :)

#kredit pic SINI


5 comments:

  1. waktu sekolah dulu memang suka ikat tali kasut dengan macam2 cara. ni dah tua, ikat yang paling senang jelah. hehehe.

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  2. Saya dulu sampai kesudah pakai kasut magnet pergi sekolah, biarlah kawan cakap childish, sebabnya failed bab2 tali kasut ni,hahaha.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa sekolah, sanggup belajar macam2 cara ikat tali kasut... But lastly silang pangkah tu juga jadi pilihan hati ^_^

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...