18 January 2017

Beli Mini Fan Comel Dari Lazada, Permintaan Anak Bongsu...

Semalam, dah sampai barang dari Lazada iaitu mini fan comel. Memang comel sangat mini fan ni. Boleh masuk poket baju kurung sekolah anak bongsu aku tu. Mula-mula dapat mini fan comel ni, excited giler dia. Terus bawa pergi sekolah. Panas katanya dalam kelas. Kipas syiling tak terasa sebab duduk ditepi dinding dalam kelas.

Beli Mini Fan Comel Dari Lazada, Permintaan Anak Bongsu...
Beli Mini Fan Comel Dari Lazada, Permintaan Anak Bongsu...

Masa belum dapat merengek-rengek memujuk aku membeli. Hampir satu kelas bawa kipas kecil masing-masing. Masa tu aku membayangkan... satu sorang kipas, dasyat tu. Sanggup dia tak membelanjakan duit saku di sekolah gara-gara nakkan mini fan ni. Dari duit yang dia ada, aku tambah sikit duit untuk kos penghantaran. Buat pembelian hari sabtu, barang sampai semalam. Cepat juga lah.

Beli Mini Fan Comel Dari Lazada, Permintaan Anak Bongsu...


Hari ni tak bawa kipas tu pulak. Dah segan gamaknya. Baru pecah rahsia, dalam kelas dia tak ada lagi orang bawa kipas ni. Kelas lain ada. la... Hmmm, terkena juga aku. Tak apalah, kerana anak ikutkan aje. Apapun, janji dia nak tekun belajar bersungguh-sungguh.Anak bongsu lah katakan... asyik nak di beri perhatian lebih jer. 

Dia ni agak susah nak berkawan. Jadi di sekolah, dia tak ramai kawan sama macam anak lelaki bujang aku sorang tu. Anak-anak perempuan dua orang lagi tu pandai pula berkawan. Meriah ramai kawan diorang. Itulah, lain anak lain personaliti. Dua orang pendiam, dua orang peramah.... berselang-seli gitu. Ada cerita yang pernah aku buat tentang anak bongsu aku  ni. Nak baca, klik SINI.

p/s: Macam-macsm karenah anak-anak, sabar ajelah, sentiasa menceriakan suasana..... 


2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...