01 December 2016

Tumbuhan Pokok Letup-letup Bulu Yang Tumbuh Di Belukar...

Tumbuhan Pokok Letup-letup Yang Tumbuh Di Belukar...

Pokok Letup-letup Bulu


Tumbuhan ini sangat sinonim di kampung. Biasanya tumbuh di belukar2 yang baru dibersihkan iaitu bila nak mula jadi belukar balik. Kalau dah jadi belukar tebal, dah mati pokok ni bila bersaing dengan pokok lain. Pokok letup-letup ini di panggil letup-letup berbulu. Disebabkan sifatnya yang berbulu, haiwan ternakan seperti lembu dan kambing tak berminat dengan pokok ni. 


Pokok menjalar yang yang dikenali dalam nama saitifik, Passiflora foetida, ini berasal daripada Amerika selatan dan Barat India dan merupakan tumbuhan yang terkenal dikalangan penduduk kampung kerana pucuk daunnya boleh dijadikan ulam dan buahnya boleh dimakan. Pokok letup-letup ini mengeluarkan buah yang boleh dimakan apabila matang. Apabila matang buahnya akan bertukar daripada hijau kepada kuning dan rasanya adalah masam-masam manis seperti buah markisa. 

Rupanya pokok letup-letup bulu ini mempunya begitu banyak khasiat 


Jom kita baca antara khasiat yang ada pada pokok menjalar ini....

RAWATAN MENGHIDAPI SALURAN JANTUNG TERSUMBAT
Ubat jantung, ambilkan empat 40 helai blander dijadikan jus. minum tanpa campur apa2. salah satu petua dan ubat untuk jantung kita
-. amalkan meminum air daun pokok ulat bulu dgn cara 'blender' daun yang muda dan dicampur dengan susu tepung.
-. daunnya boleh dibuat ubat sakit jantung dengan memakannya sebagai ulaman dan biasanya pagi-pagi dalam sehelai dua setelah dibersihkan terlebih dahulu.

BOLEH DIJADIKAN UBAT PENYAKIT ASMA.
Ambil daun dan batangnya, rebus minum air dia atau ambilkan daunnya dicampur dengan kapur sirih lalu dihancurkan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. basahkan dengan air. Selepas itu gumpalkan pada tapak tangan sehingga keluar air berwarna hijau keputih-putihan serta berbuih. sapukan bahagian dada, perut dan belakang.

DAUN TUMBUHAN INI BOLEH MENGUBATI KURAP
Hancurkan daun dan letak dikurap

TURUNKAN BACAAN DARAH TINGGI
Amalkan air rebusan daun, buah dan akarnya. berfungsi cuci darah.

MASALAH KENCING KOTOR KETIKA MENGANDUNG
Amalkan minum air rebusan pokok buah ulat bulu ni. Ambil dari akar sampai pucuknya.

MERAWAT KANSER
Pucuknya yang muda dicampur dengan 4 biji beras dan tunas kunyit digiling dengan tempurung kelapa, sampai lumat kemudiannya ditampalkan pada bisul ataupun yang ada kenser payu dara insya Allah cepat sembuh.

MERAWAT JERAWAT
Daunnya boleh guna untuk ubat jerawat.

MENGUBATI KENCING MANIS
Batang dan akarnya direbus, minum sehari 3x, amalkan selalu.

SAKIT SENDI LUTUT (ATHRITIS)
Gumpalkan daun dengan kapur makan, tampalkan pada lutut

KENCING TIDAK LAWAS
Minum air rebusan daun ulat bulu

MENURUNKAN PARAS KOLESTROL
Dengan cara memakan daunnya 2 helai sekali makan dan tiga kali sehari

MERAWAT DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
Rebus daunnya dan minum air.

UNTUK TAMBAH DARAH
Untuk tambah darah bagi mereka yang kurang darah, buang daun dan buah tu. masakkan batangnya sahaja dan air tu diminum. selalu amalkan meminum air rebusan tu, in sha Allah darah akan bertambah.

KES PESAKIT TALASEMIA
Minum air rebusan dausn, darah dalam badan akan bertambah. kulit dan muka tidak kelihatan pucat.

 PENAWAR UNTUK ORG YANG TERMAKAN RACUN
Sepohon pokok ini termasuk akarnya boleh juga jadi penawar untuk orang yang termakan racun dan orang yang keracunan makanan

AMARAN!
Lepas makan buah tidak boleh minum kopi ye. Pernah terjadi keracunan.

Anak-anak sekarang sudah tak kenal pokok ini. Apatah lagi yang tinggal di bandar. Sekiranya tiada inisiatif pihak tertentu menjaga dan memulihara khazanah alam yang mempunyai begitu banyak khasiat ini, tak mustahil suatu hari nanti tumbuhan ini akan pupus. Ia salah satu tumbuhan liar yang wajar di buat kajian dalam ilmu perubatan moden. Mana tahu boleh menyembuhkan penyakit yang masih tiada ubat dan penawarnya.

p/s : Tunjuk gambar tumbuhan ni pada anak-anak.... macam pelik je bagi mereka. Nantilah balik kampung nak cari pokok ni...!

kredit SINI dan SINI

5 comments:

  1. duu waktu kecik-kecik memang suka main buah ni. pantang jumpa, memang akan petik dan pecahkan. tapi sekarang memang takda jumpa lagi. dan tak tahu pun buah dia boleh makan. hehehe..

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
  2. Banyak khasiat pokok letup letup ya. Sayang tak di komersilkan 😂

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  3. Dulu selalu mkn buah ni. Best klu dpt letupkan

    ReplyDelete

  4. Dulu selalu mkn buah ni. Best klu dpt letupkan

    ReplyDelete
  5. Susah nak jumpa pokok ni melainkan kat kampung je...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...