Kalau tak ada minyak masak, tak menjadilah lauk-pauk dan kuih muih yang berasaskan gorengan. Minyak masak sudah semakin mahal. Tapi ia telah dan tetap menjadi antara barang keperluan dalam masakan. Tak boleh tidak kita tak boleh abaikan atau menjauhi minyak masak ini.
Kebaikan dan kemudaratan minyak
Kebaikann minyak masak dapat menyalurkan sumber tenaga dengan cara paling mudah. Minyak juga memiliki komponen yang akan membantu penyerapan vitamin seperti DHA, AHA, dan beberapa vitamin lain yang amat penting untuk fungsi otak dan sel membran. Kemudaratan minyak pula boleh menyumbang kepada beberapa masalah utama seperti jantung dan obesiti.
Jadi, gunakan minyak sebaiknya. Bukan sahaja menjauhkan daripada masaalah kesihatan, menyimatkan dan sekaligus menyihatkan. Mari semak sama-sama beberapa tip di sini.
Tip sihat dan jimat....
1. Untuk menjimatkan minyak, gunakan kuali yang tidak melekat apabila menggoreng dan gunakan minyak secukupnya sahaja.
2. Apabila menggoreng sayur atau menumis, gunakan minyak baru dan dalam kuantiti yang sedikit sahaja .
3. Jangan biarkan sisa makanan dalam takungan minyak. Ia akan mereput dan mempercepatkan perubahan struktur molekul minyak. Tapis minyak sebelum di simpan.
4. Elakkan menggunakan minyak yang sudah rosak iaitu gunakan tak lebih dari 3 kali sahaja.
5. Jangan biarkan api menyala lama untuk memanaskan kuali, sebaliknya cepat-cepat masukkan bahan. Sebab kepanasan berlebihan akan merosakkan struktur molekul minyak.
6. Semakin lama minyak digunakan semakin likat struktur minyak itu. Seeloknya di buang.
Jagalah kesihatan dengan mengurangkan penggunaan minyak dalam makanan. Selain menyihatkan, ia juga menjimatkan. Harap tip ini bermanafaat.
p/s : Ikut cara aku, minyak goreng ikan selepas tu gunakan goreng ikan masin dan buang selepas tu. Minyak goreng ayam guna masa buat nasi goreng. Nasi goreng akan lebih sedap.
#kredit SINI
thks perkongsian
ReplyDeletebiasa kat rumah pun kalau minyak tu dah guna untk ayam dan goreng ikan pula akan terus buang. guna banyak kali dah xselera tgk minyak hitam
ReplyDelete