31 December 2016

Resepi Sup Sayuran Campur Yang Sedap....

Untuk yang suka makan sayur-sayuran dan berdiet mesti cuba resepi ni. Sup sayur campur yang sedap hingga menjilat jari... gitewww! Rasa yang sedap memang membangkitkan selera untuk di makan. Kami sekeluarga amat menyukai sup sayur campur ini. Membuatnya sangat mudah, senang dan cepat siap.

Resepi Sup Sayuran Campur Yang Sedap....
Resepi Sup Sayuran Campur Yang Sedap....


Untuk yang berdiet atkins, boleh abaikan kek ikan tu. Sedap di makan begitu sahaja. Sayur-sayuran boleh dipelbagaikan. Apa-apa sahaja sayuran boleh dimasukkan. Pelbagai jenus sawi, kobis, bunga kobis cendawan, seleri, putik jagung, lobak merah, brokoli, bayam, tomato dan apa-apa ajelah yang sesuai.

Secara amnya ini resepi sup yang boleh di ubah suai menjadi berbagai jenis sup. Boleh jadi sup ayam, sup ikan, sup daging, sup bebola ikan/ayam/daging, sup makanan laut pun boleh. Ikutlah kesesuaian bahan yang dikehendaki dan sebanyak mana yang diperlukan.


Sup ini juga boleh disesuaikan kepedasannya. Kalau nak terasa lebih pedas, ketuk beberapa biji cili api dan masukkan kedalam sup semasa proses memasak. Begitu juga dengan rasa kemasaman sup. Boleh di perah sebijit limau kasturi kedalam sup selepas proses memasak atau letak secebis asam keping semasa proses memasak.

Resepi Sup Sayuran Campur Yang Sedap....

Dah panjang lebar bercerita tentang masakan ni.... Ini dia resepi yang aku buat semalam. Pandai-pandailah sesiapa yang nak resepi sesesuaikan rasanya ikut tekak sendiri.... hihi!


Resepi Sup Sayuran Campur Yang Sedap....


Bahan-bahan :
2 pokok sawi
1/2 batang lobak merah
1 paket kecil cendawan tiram kelabu
1/2 kuntum bunga kobis
2 pokok daun sup
1 biji tomato
1 paket kek ikan
2 biji bawang  merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili api
1/2 sudu teh lada hitam
1 ketul kiub ayam
Sepeket sup bunjut
Secebis asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara-cara:
Sayuran dipotong-potong. Daun sup di asingkan daun dan batangnya dan dipotong. Tomato dipotong baji 6 bahagian.  Kek ikan juga di potong kecil. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. Halia dan cili api di ketuk pecah sedikit.

Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk lumat. Bila bahan tumbuk dah kekuningan dan berbau wangi masukkan air. Tunggu mendidih sedikit, masukkan halia dan cili api yang diketuk. Masukkan juga sup bunjut,  kiub ayam, serbuk lada hitam dan asam keping

Selepas itu masukkan kek ikan. Tunggu hingga mendidih. Bila mendidih, masukkan sayuran kecuali daun sup dan tomato. Batang sup dimasukkan sekali yer. Pada masa ni sesuaikan berapa banyak air yang diperlukan. Kalau rasa tak cukup air, boleh tambah.

Seterusnya perasakan dengan garam dan gula. Dah cukup rasa.... boleh masukkan tomato. Tunggu sebentar sehingga tomato ada tanda-tanda nak terkopek kulit luarnya, Bolehlah tutup api. Lepas tu taburkan daun sup kedalam. Bolehlah dihidangkan. Oh ya... nak beritahu yang sayur-sayura memang jadi menu utama kami sekeluarga.... nak baca, klik SINI

p/s: Sedap dimakan begitu sahaja atau di makan dengan nasi, mee, meehoon.... pasta pun boleh... :)

2 comments:

  1. Nampak sedap..sesuai untuk anak2 kecil..sayur warna warni macam tu menggamit selera..

    ReplyDelete
  2. sedap betul kalau makan masa hujan gini btw jemput la singgah and follow blog saya https://marblemomo.blogspot.com/

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...