18 December 2016

Resepi Serai dan Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan

Hari nj aku nak kongsi satu resepi yang mudah untuk buang angin dalam badan. Di katakan sangat mujarab untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Boleh dijadikan amalan seharian. Selain itu tersangatlah banyak khasiatnya selain dari buang angin dalam badan.

Resepi Serai dan Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan
Resepi Serai dan Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan

Yang paling bagus, guna bahan-bahan dapur je. Tak payah susah-susah nak cari bahan. Jenguk kat dapur jer. Ada minuman ni yang dah dibotolkan dan dijual di pasaran sekarang ni. Tapi itu untuk orang yang kurang kerajinan atau pun yang dah gantung huruf M kat leher. Lebih bagus dan jimat buat sendiri, kan!....hihi!


RESEPI UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN


Bahan-bahan:
3 batang serai
4cm halia @2 ketul  sebesar ibu jari tangan

Cara-cara:

Serai dan halia tu di ketuk-ketuk biar pecah-pecah sedikit. Rebus bersama 3 gelas air. Biarkan air sejat sehingga air rebusan menjadi 1 gelas.

Tunggu sedikit suam. Bolehlah di minum. Rebusan ini seeloknya di minum seminggu 2 / 3 kali. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

**Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.

p/s :  Rasanya menyengat jugalah tapi fikirkan khasiatnya... :)


#kredit SINI

1 comment:

  1. boleh cuba bagi sesiapa yang ada masalah perut kembung ke. ni ainaa nak minum saje2 memang tak tertelan rasanya

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...