Hari ni lambat update blog... Pagi2 lagi dah keluar bersama anak-anak. Ikut program 'Back To School' anjuran DUN Batu Tiga, Shah Alam., YB Rodziah Ismail. Berlangsung di hadapan Bangunan Ole-ole Shah Alam. Sungguh ramai yang hadir ke program 'Back To School' ni. Nak dapatkan baucer lah katakan. Akulah salah seorang tu.
Dapatlah 2 keping baucer.... bernilai RM100. Satu baucer Pusat Pakaian Hari-hari dan satu lagi baucer pasaraya Mydin. Baucer ni untuk pembelian barangan sekolah. Bagi sesetengah orang RM100 ni kecil nilainya. Bagi aku, ia amat bermakna. Dapatlah aku membeli serba sedikit peralatan sekolah yang belum lagi dapat dibeli.
Program 'Back To School' DUN Batu Tiga.....
Sebenarnya aku dah shopping pakaian dan peralatan sekolah minggu lepas. Tapi ada beberapa barang yang belum sempat dibeli disebabkan di situ tiada saiz atau kehabisan stok. Melalui sebuah program juga iaitu di Jakel, Shah Alam. Dah hampir lengkaplah segala keperluan sekolah anak-anak aku sekarang.
Tinggal lagi nak membeli buku-buku dan membayar yuran sekolah. Anak perempuan yang nak masuk tingkatan 1 tu nak dibelikan t shirt sekolah dan t shirt sukan. Minggu depan ni nak mengesahkan hal-hal yang ini pulak.
Balik daripada program dan bershopping tu terus masak... walau letih shopping, perut tetap lapar, kena masak juga. Berehat sekejap, terus pegang laptop. Selain beli barang2 sekolah tu sempat lagi tu aku shopping barang dapur.... Kalau tidak, apa yang nak masak?
p/s : Letih masih aku rasakan... tapi seronok shopping ni... hihi!
alhamdulillah dapat baucer RM100.
ReplyDeleteselamat kembali ke sekolah untuk anak :)
baucer rm100 tu dah boleh beli macam2 brg sk untuk anak-anak. rezeki... :)
ReplyDeleteRm 100,dah boleh beli 2 pasang baju sekolah
ReplyDelete