Inilah dia pisang yang aku dapat dari kampung minggu lepas. Bersama kedatangan mak bapak dan adik-adik kesini untuk meraikan perkahwinan sepupu. Dapatlah aku merasa makan goreng pisang. Sejak hampir seminggu ni hari-hari makan goreng pisang untuk sarapan dan minum petang. Teringin nak buat pengat pisang tapi en. somi asyik terlupa nak belikan santan.
Pisang ni... pisang nangka. Paling sesuai di buat goreng pisang. Sedap juga di buat kerepek sewaktu masih muda. Rasanya masam-masam manis... dipanggil pisang nangka sebab bau pisang ni seakan-akan bau nangka. Dah hari-hari menggoreng pisang, puaslah makan goreng pisang kali ni.
Cara nak buat adunan tepung ada macam-macam. Ada yang guna tepung gandum, ada yang pakai tepung beras. Ada pula campur marjerin dan telur. Tapi aku guna cara paling senang. Tepung gandum, sedikit garam dan secubit kapur makan. Campur air dan gaul sebati sedang elok pekatnya. Bolehlah digunakan.
Pisang dah habis di goreng dah.... Akan datang, mesti kerinduan aku dengan pisang nangka dari kampung ni. Pisang jenis ni ada dijual di pasar tapi harganya mahal betul. Tak sampai hati nak membeli. Tapi kalau teringin aku beli juga. Lagi mudah, beli yang dah siap goreng. Tak sama yang dapat percuma dari kampung.
p/s : Nak merajinkan diri balik kampung tu payah juga... en. suami tu asyik kerja tak menentu, ongkos nak kena kira juga... hurm!
Mahal owh kalau beli kat pasar.. Sha kalau teringin sangat beli yg dah siap goreng je.. hehehe
ReplyDeletePisang da mahal dulu blh beli 3 standan. Skg sesisir pun nk cecah rm4
ReplyDeletePisang nagka sedap. Tapi kulitnya tebak dah getahnya sangat melekit berbanding pisang lain 😅
ReplyDeleteDulu mak selalu buat kerepek. Makan lepas baru goreng. Sedapnya 😍😍
⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔
Makan panas-panas..sedap :)
ReplyDelete