Terkadang bila nak membuka botol kaca yang baru di beli punyalah susah. Macam botol sos, jem, mayonis dan pelbagai lagi. Terkial-kial di buatnya. Boleh terenjat mood sekejap masa tu. Terasa nak hempuk-hempuk botol kaca tu....haihhh! Terpaksalah meminta pertolongan suami dan anak bujang yang tenaganya lebih kuat. Tapi bila sendirian, dah jadi payah di buatnya.
Ada petua rupanya bagi penutup botol ni dapat dibuka dengan semudah abc sahaja. Iaitu dengan menggunakan air panas. Kalau tahu dari dulu kan bagus... tak payah susah-susah. Sampai aku korek keliling penutup botol tu dengan pisau. Bahaya, terluka dek pisau pun pernah terjadi pada aku.
Cara Membuka Penutup Botol Kaca Yang Ketat
Bahan-bahan:
Botol kaca berpenutup ketatAir panas
Bekas tahan panas
Isi air panas ke dalam bekas. Rendamkan bahagian penutup botol ke dalam air panas selama 2-3 minit iaitu terbalikkan penutup botol kebawah. Pastikan air panas tak boleh.masuk ke dalam botol.
Selepas tu cuba buka penutup seperti biasa. Sekiranya panas, gunakan kain pelapik. Insya-Allah penutup akan mudah dibuka. Nak tengok pelbagai petua... klik SINI
Selepas tu cuba buka penutup seperti biasa. Sekiranya panas, gunakan kain pelapik. Insya-Allah penutup akan mudah dibuka. Nak tengok pelbagai petua... klik SINI
p/s : Tak perlu risau lagi.... membuka penutup botol dah jadi senang... :)
#kredit SINI
great tips
ReplyDeletebtl btl ! ju pun guna cara ni kalo xdpt buka =D
ReplyDeleteBaru tahu..
ReplyDeleteBiasa AM guna tenaga tanggan je buka penutup bekas..
Kekadang sampai sakit tangan nak buka..
Lepas nie senang la buka penutup bekas..
Terima kasih kongsi tips nie..
Ikhlas Dari
Along Misuari
Guna getah jek... pusing... he he he...
ReplyDeleteselalu guna tangan... kalo ketat jugak, guna kain yg kering, kalau xleh jugak, In sya Allah try teknik ni
ReplyDelete