Bolehlah dia belajar buat senaman wajah dan dapatkan lesung pipit secara semulajadi. Selama ni bukan tak ada lesung pipit tapi agak tersembunyi sikit. Jadi , buatlah sedikit senaman seperti ditunjukkan di dalam gambar. Mana tahu boleh terserlah pulak lesung pipit tu...
Cara Untuk Dapatkan Lesung Pipit Secara Semulajadi
1. Muncungkan bibir dan hisap pipi anda ke dalam
Jangan rapatkan gigi, kerana dengan demikian anda tidak akan dapat menghisap pipi, selain itu bibir anda harus tertutup.
2. Tekan & tahan lekukan pipi
Tentukan kawasan pipi yang ada lekukan paling dalam. Tekan bahagian tersebut secara perlahan-lahan dengan jari telunjuk. Tekan terus bahagian tersebut dengan jari telunjuk dan mula gerakkan mulut anda.
3. Teruskan senyum & luncurkan jari bila perlu
Ketika melakukan senaman ke-2, lakukan ekpresi senyum dan jangan gerakkan jari anda dari kedudukannya. Buka mulut anda dengan lebar saat tersenyum kerana lesung pipit yang natural akan kelihatan apabila anda tersenyum dengan lebar.
Jika sudah terbentuk lesung pipi, segera lepaskan jari anda. Ambillah gambar jika anda mahu. Ingat, lesung pipi akan hilang setelah anda merehatkan mulut anda.
4. Teruskan tekan selama 30 minit atau lebih
Untuk melatih pipi agar membentuk lesung pipi dengan lebih lama, anda perlu tekan lekukan tersebut sekurang-kurangnya 30 minit. Semakin lama anda tekan “lesung pipit”, semakin lama lekukan akan kekal.
5. Ulang setiap hari
Lakukan latihan wajah untuk membentuk lesung pipit ini selama 30 minit setiap hari selama beberapa minggu. Lepas sebulan, lesung pipit akan timbul dan terbentuk. Insya'allah.... Tapi kalau tak boleh jugak, tapi apa salahnya kalau mencuba...
Nak baca tentang petua kecantikan, boleh baca di SINI
Nak baca tentang petua kecantikan, boleh baca di SINI
p/s : Petua terkini, tenyeh dengan lesung batu.... hihihi! (gurau je...)
#kredit SINI
menarik.cara nak lesung pipit pun ada (^_^)
ReplyDelete