02 December 2016

Kecantikan Wanita Menurut Al-Quran Dan Hadis

Kecantikan Wanita Menurut Al-Quran Dan Hadis

Setiap wanita pasti tak lepas dari keinginan untuk selalu kelihatan cantik. Namun apakah makna cantik itu sebenarnya? Kebanyakkan dari wanita merasakancantik itu seperti bintang iklan sabun mandi atau artis di kaca tv tapi kebanyakkan wanita tidak mengetahui makna cantik sebenarnya menurut Al Qur’an dan hadis.

Kriteria Wanita Cantik Menurut Al-Quran Dan Hadis


Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji.
(SURAH AN-NUR 24:31)

Tidak bergaul bebas dengan kaum lelaki ajnabi, kecantikan dipelihara sebagai sesuatu yang ekslusif tanpa sesekali dipertonton kepada orang ramai
(HADIS BUKHARI)

Berpakaian membawa identiti wanita mukminah.
(SURAH AL-AHZAB 33:59)

Sentiasa bersih dan berbau segar.
(HADIS BUKHARI)

Pembawaan diri sopan, tegas dan bersahaja.
(SURAH AL-QASAS 28:25)

Sentiasa bercakap dengan nada suara bermaruah seperti tidak dimanja dan digemersikkan suara.
(SURAH AL-AHZAB 33:32)

Menjauhi gaya tabarruj, penggayaan diri yang mengganggu fitrah lelaki hingga tertarik kepada dirinya.
(SURAH AL-AHZAB 33:33)

Tidak mengubah ciptaan Allah S.W.T. seperti pembedahan plastik, membuat tatu, mencukur kening dan sebagainya.
(SURAH AN-NISA' 4:119 | HADIS RIWAYAT BUKHARI | MUSLIM, ABU DAWUD | TIRMIZI)

Tidak meniru penampilan kaum lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri.
(HADIS IBNU ABBAS)

Kecantikan luaran haruslah di dahului dengan kecantikan dalaman agar kita wanita tahu bahawa seorang wanita yang baik adalah wanita yang memiliki kecantikan sifat dan akhlak lebih baik dari pada wanita yang memiliki kecantikan fizikal dan rupa semata.

Seperti pada Hadits Rasulullah berikut ini: ”Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta kalian, tapi ia melihat hati dan amal kalian.” (HR.Muslim,Ahmad dan Ibnu Majah)

Dalam Hadits lain Rasulullah mengatakan bahwa wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Dari Amr ibnu ra : ”Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhisannya adalah wanita solehah.” (HR.Muslim,Ibnu Majah dan An Nasai)

Sekian adanya tazkirah Jumaat minggu ini.....

p/s : Berhias diri biarlah berpada-pada dan tak berlebihan agar tak lari akidah kita.... :)

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...