Tahun 2016 hampir melabuhkan tirai beberapa hari lagi. Banyak dapat kalendar dan macam-macam jenis ada.Tapi kelendar fesyen lama juga yang menjadi pilihan hati. kalendar kuda nama panggilannya. Aku pun pada mulanya pelik dan hairan pasal apa dapat nama kalendar kuda pulak....
Kalendar Kuda Juga Di Cari Dan Menjadi Plihan Hati....... |
Lepas ada seseorang terangkan pada aku... baru aku faham asal usul nama tu. Tapi lupa plak siapa orangnya... dah lama. Katanya sebab ada jadual perlumbaan kuda dalam kalendar tu.... pada hujung minggu. Ohhhh.... ada aku kesah... tengok kuda berlumba pun tak pernah......hihi!
Kalendar Kuda Juga Di Cari Dan Menjadi Plihan Hati.......
Aku suka kalendar ni sebab jadual semua cuti di Malaysia ada kat dalam tu.... termasuk cuti sekolah. Senang nak tengok dan rancang jadual kehidupan... Dan aku tak suka buang kalendar bulan2 lepas. Aku akan biar kalendar tu utuh macam biasa. Senang nak tengok tarikh bulan yang dah lepas.
Juga di kalendar aku akan tulis dan bulatkan tarikh-tarikh penting.... tarikh beli barang-barang penting. Yang paling penting tarikh tong gas habis dan tukar tong gas baru. Tarikh saudara mara buat kenduri kendara pun catit kat kalendar. Kalau tidak, mesti terlupa sesaje. No. talipon yang penting pun letak kat situ.... polis, bomba, hospital. Boleh je talipon 999 tapi ni talian terus.
Walau kalendar fesyen ni dah lama, tetap masih relevan dengan zaman ni. Entah kenapa, secanggih mana pun handphone, boleh je tengok kalendar kat situ. Tapi tak sama dengan kalendar kuda ni. Macam-macam informasi ada di kalendar ni... Tarikh cuti sudah semestinya.... kalendar Islam, China dan hindu pun ada sekali. Ia sebuah kalendar yang menyatukan semua kaum di negara ini. Bagus sekali.... :)
p/s : Bila hujung tahun mesti suruh cari kalendar kuda jugak, kalendar lain tak nak..!
betul tu kalendar nih lah yang paling berguna sekali haaa
ReplyDeleteBetul, kalendar kuda saiz kecik paling laris semua berebut nak letak dlm beg, hahaha.
ReplyDeletehaha..betul sangat..table calendar ke atau yang hat pesen canggih2 ni, tetap kalendar kuda jadi pujaan hati...
ReplyDeleteHello,
ReplyDeleteAdakah anda memerlukan bantuan kewangan segera untuk tujuan peribadi atau untuk keperluan perniagaan anda? Berikut adalah beberapa berita baik untuk anda. Kami menawarkan pinjaman kepada individu atau syarikat-syarikat korporat pada kadar peratusan tahunan yang paling rendah.
Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan: -
* Pinjaman Wang Keras
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman Penyatuan Hutang
*Pinjaman peribadi
* Pinjaman Pengembangan Perniagaan
*Pinjaman pelajar
* Pinjaman Pembangunan Pertanian
... Dan banyak lagi
E-mel: kathleenfosterloanfirm@gmail.com
Anda juga boleh menghubungi IBU PEJABAT kami melalui:
kathleenfosterloanfirmUS@gmail.com
Nama pemiutang: Puan Kathleen