26 December 2016

Jalan-jalan Hari Krismas Naik Komuter Pergi Mid Valley

Sebelum tengahari hari krismas semalam aku ikut anak-anak keluar jalan-jalan hari krismas ke Mid Valley naik komuter. Dah berkurun rasanya tak naik komuter. Dulu-dulu ada juga naik komuter masa anak-anak baru 2 orang dan kecil lagi. Sekarang anak dah 4.. dah besar dah pun. Bayangkanlah........ dalam belas tahun jugak tu.

Jalan-jalan Hari Krismas Naik Komuter Pergi Mid Valley
Jalan-jalan Hari Krismas Naik Komuter Pergi Mid Valley

Dah namanya musim cuti, memang sesaklah komuter tu. Nasib baik ada coach yang di khaskan untuk wanita. Tak adalah bersesak dengan lelaki sangat. Cuma ada beberapa orang lelaki sesat kat tempat wanita. At last kena halau dengan pengawal, padan muka.... hihi!

Jalan-jalan Hari Krismas Naik Komuter Pergi Mid Valley


Seperti yang di jangka... penuh sesak orang di Mid Valley. Berbagai bangsa ada di sana. Yang paling ramai bangsa China. Melayu dan India tak ramai. Malah yang di sangka Melayu tapi bila bersuara rupanya orang Indonesia. Yang nak di cari cuma beg sekolah tapi nak jalan-jalan window shopping yang lebih.

Setelah lenguh kaki berlegar-legar, jumpa juga beg sekolahnya. Mahal tapi harap-harap berbaloi dengan harganya iaitu tahan lama. Kakaknya nak belanja adik-adik. Kalau aku tak belilah beg semahal tu. Dah dapat barang, anak perempuan bongsu aku mengeluh ... katanya kaki dia dah nak tercabut. Akupun dah tak larat.... penat. Apalagi jom balik ler....

Sebelum tu, bergambar dulu kat pokok krismas yang cantik berhias di Mid Valley tu. Anak-nak tak mau balik pulak.Nak ajak tengok wayang. Aku bukan suka tengok wayang dan hari pun dah petang. Aku ajak balik juga. Kalau diorang nak tengok wayang juga, pergi lain kali. Aku tak nak ikut.... suka tengok tv jer.

Balik dari komuter, naik bas free Selangor. Sampai rumah dah nak malam. Letihnya rasa... tapi seronok jugalah. Sekali sekala tengok dunia luar dari sisi yang lain. Naik komuter, lepas tu naik bas free... Sementara masih terdaya nih..... hahaha!

Banyak cerita lagi di... SINI

p/s : Akhirnya aku dah kenal bas dan komuter sekali, tapi apapun naik kereta lagi best... :)


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...