Hari ni, pagi tadi berkampung di sekolah menengah berdekatan dengan rumah. Hari oreintasi pelajar tingkatan satu. Macam biasa, ramainya ibubapa yang hadir hari orientasi pelajar ni. Disebabkan aku dah bersedia dari awal iaitu dah membeli peralatan sekolah, jadi tak payahlah beratur dan berebut di kedai buku dan koperasi lagi.
Habis ucapan aluan guru besar dan guru bertugas bagi informasi perihal sekolah, aku pergi cari kelas anak. Aduyai... penatnya mencari kelas. Rupa-rupanya di tingkat 2. Letihnya berlegar-legar turun naik tangga tadi. Tak sangka anak dapat masuk kelas pertama sekolah petang. Harap dapat terus kekal di kelas ini.
Hari Oreintasi Pelajar Tingkatan Satu |
Hari Oreintasi Pelajar Tingkatan Satu, Yang Terakhir Bagi Aku....
Dah dapat buku teks sekolah. Lepas ni proses membalut buku teks pula... sementara belum mula sekolah beberapa hari lagi. Fail peribadi persekolahan rasa dah lengkap, tapi apbila diperiksa cikgu tadi... masih lagi ada kekurangan. Kena juga disiapkan... Huh, busy, busy!
Ini orientasi sekolah yang terakhir aku tempuhi. Setelah tiga kali sebelum ini..... yang ni orientasi untuk anak bongsu. Lepas ni boleh merdeka. Nak hadiri hari orientasi di universiti pula. Dah ada dua orang anak yang belajar di universiti. Lepas ni di harap dua orang anak yang masih belajar di sekolah ini akan menyusul. Mudah-mudahan....
p/s : Hujung bulan Februari nanti hantar anak sulung perempuan aku sambung degree... dah pergi interview 2 minggu lepas. Insya'allah.... :)
waaa dah besar2 dah semua. Nanti makin sunyi la rumah memasing dah menapak jauh.
ReplyDelete