13 December 2016

DIY Teddy Bear Dari Tuala

DIY Teddy Bear Dari Tuala

Hari ini aku belajar buat teddy bear dari tuala. Belajar kat youtube jer. Mulanya nampak susah tapi rupanya senang jer. Cantik dan comel bila dah letak riben. Kalau tambah lebih aksesori termasuk mata, mulut dan hidung, memang nampak macam teddy bear sebenar.

Teddy bear ni kalau bertangan kreatif.... boleh buat doorgift untuk majlis harijadi budak-budak atau majlis berendoi. Mesti jadi pujian para tetamu. Anak-anak kecil pun mesti amat gembira bila dapat teddy bear comel. Buat yang berniaga aksesori doorgift, boleh tambah jadikan bahan jualan.

Mari kita belajar langkah2 untuk membuatnya....

DIY Teddy Bear Dari Tuala

Bahan-bahan:

1 Tuala
2  Gelang getah besar -untuk kepala
2 Gelang getah kecil
1 riben

DIY Teddy Bear Dari Tuala

Cara-cara:

1. Tuala di bentang dan lipat 3 bahagian.
2. Buka lipatan tapi 2 bahagian masih di lipat.
3. Gulung tuala separuh dikedua2 belah bahagian sama besar.
4. Lipat di bahagian yang lembut dan terbalikkan ke sebelah untuk dijadikan kepala teddy bear.
5. Ikat kepala dan telinga dengan getah
6. Pasang riben di leher
7. Siap.

DIY Teddy Bear Dari Tuala

DIY Teddy Bear Dari Tuala

Aku cadangkan kalau anak-anak nak minta belikan teddy bear yang besar gedabak dan mahal yang amat tu... korang ambik jer tuala mandi diorang buatkan teddy bear. Mesti diorang ternganga. Bila nak guna buka balik. Lepas tu ajar diorang buat balik dengan tuala tu. Mesti diorang tak minta dah..... hahaha!

p/s : kerastangan tetiba jer ni.... ^-^peace!

#kredit SINI


7 comments:

  1. Kalau dah kreatif, tuala pun boleh jadi teddy bear. Comelnya :)

    ReplyDelete
  2. Wah jimat nak hadiahkn utk ank2, lg senang kalo kotor nak cuci pun lg senang dr teddy bear yg btl haha

    ReplyDelete
  3. Comel! Boleh buat doorgift :D

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  4. cumil sangat sis... leh try buat kat umh... hehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...