Double Chin..? Ada kawan tegur aku makin berisi sebab dah ada double chin. Apa tu...? Baru aku tahu, double chin tu dagu berlapis. Belek di cermin, memang terserlah double chin aku. Bulan ni sememangnya timbangan berat aku naik 3kg gara-gara musim durian dan berselera lebih makan lauk kegemaran iaitu gulai tempoyak.
Cara Untuk Hapuskan Double Chin @ Dagu Berlapis |
Nak kena jaga pemakanan dan nak turunkan berat badan ni. Juga nak buang double chin di wajah. Carian dari google dapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Mengawal permakanan dan diet harian semestinya dapat mengecilkan pipi dan menghapuskan double chin
5 Tip Berkesan Hapuskan Double Chin
Gula-gula getah
Kunyah gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum) sebagai senaman otot wajah. Bukan sahaja mampu mengecilkan wajah kamu, malah membersihkan gigi dan gusi. Anda boleh lakukan senaman ini dimana-mana sahaja! Mudah, kan?
Krim Mentega Koko (cocoa butter)
Panaskan dua sudu krim mentega koko di dalam microwave untuk 30 saat. Urut krim di bahagian tengkuk, leher dan rahang wajah selama 5 minit dengan urutan menaik. Lakukannya dua kali sehari sebelum mandi di waktu pagi dan sebelum tidur. Rutin ini dapat membentuk wajah malah melembapkan kulit kamu.
Senaman Dagu
Tegakkan badan dalam posisi duduk, dan dongakkan kepala perlahan-lahan seperti ingin memandang syiling. Kemudian, bentukkan bibir seperti mahu mencium sesuatu ( duck face). Lakukan selama 5 saat dan ulang gerakan ini 5 ke 10 kali, setiap hari ketika bangun dari tidur.
Memutar Leher
Senaman ini sangat mudah dilakukan di mana-mana sahaja! Pusing kepala kamu mengikut arah lawan jam atau sebaliknya dengan posisi badan yang tegak. Lakukan lima putaran setiap satu sesi, untuk tiga set setiap hari.
Say No To Sugar!
Pengambilan gula berlebihan menyebabkan wajah membengkak kerana lemak berlebihan terkumpul disitu. Jadi, banyakkan minum air kosong dan elakkan minum minuman manis sebelum tidur.
Kena rajin bersenam juga. Biar lemak-lemak terkumpul mencair dengan cepat. Sebenarnya pesanan ini lebih kepada diri sendiri. Bukan mudah nak turunkan berat badan aku yang dah sedia chubby ni. Apapun perkongsian ini di harap memberi manafaat juga pada para pembaca blog ni... hihi!
Untuk kongsi banyak lagi tip kecantikan klik SINI
Untuk kongsi banyak lagi tip kecantikan klik SINI
p/s : Nak skip makanan tu yang paling susah, jom jogging.... hehe!
#kredit SINI
xtau mkn chewing gum bole mbantu =D
ReplyDelete