Tak elok rupanya makan ubi kentang yang telah tumbuh tunas. Biasanya aku tak kisah bila kentang yang aku nak masak tumbuh tunas ke tidak. Boleh mendatangkan masaalah kesihatan nanti bila menggunakan kentang yang bertunas. Selepas ni perlu berfikir dua kali sebelum menggunakan kentang yang sudah bertunas.
Ada kajian yang dibuat menyatakan kentang disimpan lama sehingga bertunas kebiasaannya mengandungi racun yang boleh menganggu sistem pencernaan dan menyebabkan sakit perut. Seorang pengkaji Caroline White berkata kentang yang bertunas sehingga berwarna hijau dan berasa pahit menandakan terdapat racun didalamnya.
Ini disebabkan penghasilan unsur kimia tertentu yang ada pada batang tunas kentang. Ia bukan hanya ada pada kentang, tapi sering juga terdapat pada bahan makanan lain yang tumbuh di bawah tanah seperti lobak, bawang dan tanaman jenis ubi dan lainnya.
Jika dimakan dalam jumlah yang kecil, kentang dan makanan berasaskan ubi ini mungkin tidak memberi kesan tapi sekiranya di ambil dalam jumlah yang banyak ia mungkin mnyebabkan risiko sakit perut. Tidak setakat ini saja, kentang dan sayur sejenisnya, yang telah bertunas akan menyebabkan rasa mual, muntah, kerongkong rasa seperti terbakar, sakit kepala dan pening.
Di sarankan agar sayur yang sudah berubah sifatnya ini tidak di makan sebaliknya ditanam untuk mengelakkan masaalah kesihatan jika digunakan dalam masakan. Jadi tak adalah timbul masaalah pembaziran. Tapi kan, pokok bawang biasa aku tanam, Walaupun tak dapat isi bawang, daunnya sedap dibuat kuih cucur udang.
p/s : Pernah cuba tanam kentang yang bertunas tapi tak tumbuh, sebaliknya terus membusuk. Tak sesuai dengan iklim gamaknya.... hurm!
#kredit SINI
Info yang bagus...
ReplyDeletemak pn kalau da mcm ni msi dia suruh buang terus
ReplyDelete