Dapat No. Pin Adsense
Semalam sampai surat dari Google Adsense berisi nombor pin adsense. Hurm.... dah siap pasang sudah no. pin tu pada akaun google adsense aku. Dah hilang dah garisan merah yang suruh verify akaun tu. Harap-harap boleh dapat beribu-ribu lemon usd nanti. Tapi seciput demi seciput berjalannya.... haihhh!
Akaun Hosted Dan Non Hosted Adsense
Kenapa ada akaun adsense tapi blog tak ada pun iklan adsense... pasti ada yang tertanya-tanya. Sebenarnya sebelum blog aku ada domain sendiri iaitu dot com, aku dah dapat akaun adsense tapi hosted akaun sahaja. Bila dah ada domain sendiri kena apply balik akaun sebab kena dapatkan non hosted akaun. Tak boleh pakai hosted akaun. Kod akaun hosted tu letak kat blog ni... tak keluar iklan... kosong jer...
Ini akaun hosted... Non hosted tiada perkataan bertulis merah tu... |
Akaun non hosted ni lagi bagus... USD lagi tinggi ratenya. Dah cuba apply berkali-kali. Tapi entah kenapa masih tak approved. "insuficent content'" jawapannya. Tapi tak apa lah. Akan cuba perbaiki apa yang patut. Lepas tu apply balik nanti. Aku takkan berputus asa... yeahh!
Nasib baik aku ada beberapa blog lagi yang masih blogspot.my. Di situlah aku tepek iklan adsense hosted akaun ini. Walau yang aku dapat tu amat sedikit tapi seperti kata pepatah "sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit". Sabar ajelah. Kalau ada rezeki tak kemana perginya... ahak!! (pujuk hati sendiri).
p/s: Nak terus cuba dan cuba sampai dapat... takkan mengalah!
tak faham ..dah letak kod iklan tak keluar ke.. kot ambil masa sikit kot huu.. dengar jugak akaun domain sendiri ni lagi tinggi ratenya.. blog masih pakai blogspot.. risau nak tukar domain sebab tabung hampir nak cecah 100USD.. sebab nak tunggu cash out ..ker macam mana.. x faham jugak dgn adsense ni
ReplyDeleteAM baru baru apply lagi GA nie..
ReplyDeleteDah 3 kali rasanya GA tak lulus..
Alasan yang sama juga "insuficent content'" ..
Dah 2 bulan berlalu dan tergerak lagi untuk apply..
Harap2 kali ini berjaya lah..
Ikhlas Dari
Along Misuari
PC dah banyak kali juga apply GA ni..hihi..mungkin belum layak..
ReplyDeleteda approve tp x kelur kat blog tu pun masalah Unni, last2 give up malas ambik pduli!! hahahaha
ReplyDelete