06 November 2016

Menggapai Rasa Dan Jiwa Kehidupan...


Aduyai.... letih dan payahnya mengesahkan sebuah kehidupan. Rasa sendu dan sayu menjeruk jiwa. Airmata terempang dipelupuk saja. Tak dapat kuhamburkan demi menjaga jiwa2 polos yang masih tak memahami lagi keluh kesah kehidupan.

Lelah dan terasa sangat payah menempuh ranjau kehidupan ini. Sabar dan terima apa yang ada dengan redha. Terpaksa menjauhkan segala keinginan.. perkara betul2 atas keperluan sahaja di ambil kira. Lupuskan kehendak jiwa yang dah makin hampir digapai... hmm!

Semoga diberikan sepenuhnya kesabaran padaku. Akanku buang jauh2 perasaan yang sayu, pilu, sendu yang ada bertandang dihati. Sukar tapi mesti boleh.... Cuba sedaya upaya, memujuk hati nan lara. Terasa nak patah jiwa dibuatnya. Mujur masih tak putus asa.

 Ya Allah, ku mohon padamu, berikanlah kekuatan... 

p/s : Hanya sebuah coretan....abaikan  :)



1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...