17 November 2016

Melania Trump, Bekas Model Ke Wanita Pertama AS


BAKAL WANITA PERTAMA AS


Aku mula mengenali Trump ni dari rancangan realiti AS iaitu Apperentice yang pernah disiarkan di TV3 beberapa tahun dulu. Salah satu rancangan kegemaran aku waktu tu. Suka tengok Trump marah2 dan mengamuk dan cakap 'you fired' hahaha!

Memang bila dia mengamuk tu very real dengan begitu bergaya sekali. Tak taulah nanti bila dah presiden, habis semua ahli kongres tu yang tak menepati citarasa dia akan di amuknya... 'you fired' ... tak dapatlah ku bayangkan kecoh satu Amerika dan satu dunia... hihi!

Dah panjang lebar pulak cerita pasal Donald Trump. Sebenarnya aku nak cerita pasal isterinya yang cantik jelita iaiti Melania Trump. Dulu sebelum berkahwin dengan Trump, merupakan seorang model peragaan berasal dari Novo Vesto, Slovenia. Melania atau Melanija Knavs dilahirkan pada 26 April 1970 di Novo Mesto, Slovenia.

Bapanya adalah peniaga kereta, manakala ibunya pereka pakaian kanak-kanak. Memulakan kerjaya peragawati pada umur 16 tahun, Melania menandatangani perjanjian dengan sebuah agensi di Milan dua tahun kemudian. Beliau pernah menyambung pelajaran dalam bidang reka bentuk dan seni bina Universiti Ljubljana, Slovenia namun, menggugurkan pengajiannya selepas setahun untuk mengejar kerjaya sebagai model.

Kerjaya Sebagai Model Peragaan


Pada awal kerjayanya, Melania bekerja di Milan dan Paris, sebelum berpindah ke New York pada tahun 1996. Sejak itu, trek kerjayanya sebagai model menjadi lebih stabil. Beliau pernah muncul dalam beberapa iklan komersial Aflac yang dianjurkan bersama di The View dan terlibat dalam rancangan realiti NBC suaminya, Celebrity Apprentice.

Perkenalan yang disulam selama tujuh tahun akhirnya diikat dengan tali pertunangan pada tahun 2004. Setahun kemudian, pasangan tersebut berkahwin dalam sebuah majlis mewah di kediaman Trump di Florida, Amerika Syarikat. Dikurniakan seorang cahaya mata, Barron Trump, 10, penampilan Melania dilabelkan persis isteri bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-35, John F. Kennedy, Jackie Kennedy versi moden. Seperti Jackie, Melania juga boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu Slovenia, Perancis, Jerman dan Inggeris.


Dari Seorang Model, Sekelip Mata berubah Menjadi Isteri Kepada Billionair Terkenal Kini Automatik Menjadi Bakal Wanita Pertama AS


Apabila Trump mengumumkan niatnya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat, Melania mendapat tempias apabila sejarah hidupnya sepanjang menjadi model didedahkan semula oleh pihak media. Salah satunya adalah imej kontroversinya di dalam majalah GQ British 2000 yang memaparkan beliau berbogel sambil baring di atas selimut bulu. Ia sekali gus menjadikan beliau sebagai isteri presiden pertama yang pernah beraksi bogel di majalah.

Tampil elegan pada malam pengumuman Presiden baharu Amerika Syarikat, Melania turut menjadi perhatian ramai dan pujian media-media di sana apabila mengenakan jumpsuit putih tanpa lengan dengan potongan serong bahagian atas. Meskipun terpalit dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi, Melania dilihat bakal menjadi Wanita Pertama yang menarik perhatian ramai atas penampilannya.

Itulah sedikit cerita mengenai bakal wanita pertama AS yang cantik jelita. Katanya dia akan tampil berbeza berbanding mana-mana  Wanita Pertama AS yang lain. Nantikanlah penampilan Melania nanti bila Trump disahkan sebagai Presiden AS Januari depan.

p/s : Ingat Trump... ingat Mc Donald. Ehh... korang tak tau ke Mc Donald. tu Trump punya... Dalam rancangan apperentic ada cerita peserta buat tugasan di restoran Mc Donald.

#kredit SINI

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...