08 November 2016

Ikut Cara Dulu-dulu Halau Lalat...


Apabila berada di dapur menyediakan sajian, kehadiran lalat memang amat menggangu. Puaslah mengipas sana sini, lalat masih tak lari. Berterbangan dan berusaha hinggap pada hidangan yang sedang disediakan. Waktu makan pun begitu. Hampir hilang selera makan di buatnya.

Keadaan macam ni selalu terjadi bila berada di kampung sebab kawasan kampung aku tu tak jauh daripada kawasan ternakan ayam, lembu dan kambing. Berkerumun sentiasa lalat tu di kawasan dapur dan ruang makan. Pantang jika makanan tak bertutup atau pinggan mangkuk tak berbasuh. Bila malam menjelma, barulah kawanan lalat tu hilang. 

Jadi, bila balik kampung, mesti bawa balik kertas perangkap lalat. Tak tahan tengok lalat banyak tu. Bila dah letak perangkap, adalah kuranglah sikit. Hari ni tergerak hati nak google cara orang dulu2 halau lalat. Jumpa beberapa kaedah yang mudah ni. Jadi, saya kongsi di sini,  bolehlah dicuba nanti...

Halau Lalat  Cara Orang Terdahulu...


Bunga Cengkih
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya daripada ruang dapur anda.

Daun Kari
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan.

Daun belimbing
Selain daun kari, anda boleh juga menggunakan beberapa tangkai daun belimbing. Cara sama juga dengan daun kari, kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

Cecair Peluntur
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

Lilin
Nyalakan lilin. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Bolehlah buat nanti. Masalah lalat ni memang merungsingkan. Nasib baik kat rumah aku ni tak ada lalat berterbangan. 

p/s : Bahan pun mudah didapati... tak perlu lagi bergantung dengan perangkap lalat yang penuh bahan kimia tu... :)

#kredit SINI


2 comments:

  1. tip org dulu memang bkesan kan dr skg ni bnyk guna teknologi..

    ReplyDelete
  2. Assalamua'laikum.. Hi kak akma. Terima kasih kongsi tips halau lalat.. Akak dah guna tips ni untuk halau lalat..?

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...