23 November 2016

Gurauan Anak2 Kecil Sesama Sendiri Yang Boleh Membawa Padah...


Panduan ibu bapa agar gurauan sesama sendiri anak- anak tidak mendatangkan bahaya


Pada keluarga yang mempunyai ramai anak-anak kecil, mereka mesti selalu bergurau sesama sendiri. Kadang2 gurauan menjadi kasar dan agak ganas tanpa disedari. Anak-anak kecil masih belum faham erti bahaya kalau bergurau. Apa yang mereka tahu cuma kegembiraan dan keseronokan yang dialami.

Namun, gurauan sesama adik-beradik kadangkala boleh membawa kepada bahaya. Jadi, ibubapa amat perlu memantau semasa anak-anak bergurau bersama. Ada cerita seorang ibu terpaksa berdepan saat mencemaskan apabila anaknya mengalami sesak nafas, sawan dan hampir koma selepas bergurau dengan adiknya yang berbadan besar.



Gurau senda yang membawa padah


Seorang kawan pernah mengalami hal yang hampir. Apabila si adik bergurau memanjat belakang si abang. Mula-mula elok sahaja bergurau-senda tetapi secara tiba-tiba si abang mencampakkan adik yang berada di bahunya. Beberapa hari tiada apa-apa tetapi selepas tu si adik tiba-tiba pengsan dan koma. Ada darah beku di kepala.

Nasib baik selepas pembedahan tiada apa-apa tetapi kesannya si adik terpaksa pakai tiub di kepala sebab air di kepala tak dapat dikeluarkan secara semulajadi. Tak pasal2 si adik terpaksa jadi  semacam OKU bila tiub melintang di dada. Tak tau lah sekarang. Dah lama tak jumpa kakak tu sejak sama2 berpindah dari kediaman lama.

Menjadikan kisah tersebut sebagai pengajaran, ibu bapa mungkin boleh jadikan tip ini sebagai panduan dan iktibar...


Tips dan panduan...


Sentiasa ingatkan anak tentang isu keselamatan
Biarpun anak anda masih kecil tapi tak salah mengingatkan mereka tentang faktor keselamatan semasa bergurau. Mungkin boleh tunjukkan kepada mereka kisah/gambar kejadian yang pernah berlaku. Sebagai peringatan!

Tetapkan had gurauan
Sebagai ibu bapa, anda berhak menentukan cara gurauan sesama anak. Beritahu mereka apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa bergurau untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.

Buat aktiviti
Kadangkala anak-anak suka bergurau senda sebab tiada aktiviti hendak dilakukan. Jadi, untuk mengelakkan mereka asyik bergurau dan boleh mengundang risiko, apa kata anda sediakan banyak aktiviti. Bila sibuk kuranglah mereka hendak bergurau.

Sebagai ibu bapa kena jaga keselamatan anak-anak dari segenap aspek yang ada.  Bahaya sentiasa ada di sekeliling kita. Sayangi anak-anak kita dan jauhkan dari risiko. Jaga keselamatan keluarga kita seluruhnya. 

p/s : Malang tak berbau... pantau sentiasa dan berterusan untuk elak kejadian yang tak di ingini... :)


3 comments:

  1. agree..anak2 harus sntiasa dalam pgawasan

    ReplyDelete
  2. Ngerinya baca cerita sis tu tentang gurau sampai koma 😂. Ish mintak jauhla.

    Seeloknya kita kurangkan tengok cerita aksi di tv. Anak anak tengok dan nak cuba.

    Contohnya gusti. Huh

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...