09 November 2016

Cerita Aku Dan Hobi Menulis Blog Menjadi Pendapatan...

Kenangan Mula2 Buat Blog

Bila aku pergi blogwalking keblog rakan-rakan blogger, terkenang masa mula buat blog dulu. Kelakar pun ada. Masa tu, 5 tahun lepas rajin sangat sangat aku update background blog yang bertema pelbagai warna dan gaya. Paling rajin background gambar bunga2. Ala-ala English style gitu. Ada juga polka dot, jalur2, kotak2 dan macam2 lagilah. Letak gambar icon2 yang yang comel. Letak gambar bunga, daun, buih dan banyak lagi dengan gaya berguguran.. huhu!


Pembaca Blog

Ada lagi.... letak pulak chatbox berwarna-warni. Ada jam bergambar juga sidebar berhias icon dan beropol pada tajuk. Di satu sudut tepi ada kata aluan pada pembaca blog. Masa tu juga wajib letak lagu kegemaran tu... huiyyo! Waktu tu tak pernah terfikir sejauh sekarang. Tak pernah ambil peduli tentang pengunjung ada ke tidak. Masa tu tengah excited dan teruja tengok perkara2 baru. Bila tengah sibuk mekap blog... tetiba tetengok ada pembaca datang.... macam pelik je... hihi!

SEO Dan Template Responsif

Dah lama berkecimpung dalam berblog ni.... dapat tau pentingnya SEO walau masih tak hadam lagi. Dah tau kepentingan mempunyai follower yang banyak. Dah rajin berusaha meningkatkan pengunjung blog setiap hari. Sekarang ni sudahpun menggunakan template responsif agar meningkatkan SEO (search engine optimization). Blog pun dah ada hosted  berbayar.... berdot.com.

Pendapatan Menulis Blog

Dasyat juga kenangan berblog nih.... melalui berbagai frasa transformasi yang berliku juga lah. Tapi berbaloilah juga. Dapat juga mengaut pendapatan melalui blog. Boleh menampung serba sedikit pendapatan dan membeli barang2 idaman. Bagus juga bila dapat hobi menulis blog. Kebetulan ada sedikit minat dan ilmu dalam penulisan. 

p/s : Walau otak dah berkarat,  asah jelah balik idea menulis tu... :)

6 comments:

  1. saya baru berjinak-jinak dengan dunia blogging ni..selamat berkenalan..blog saya adalah nadianurul2604.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. TERUSKN BLOGGING... DUNIA MENAIP DAN BERCERITA TANPA SEMPADAN

    ReplyDelete
  3. Wah seronoknya baca pengalaman awk berblog..

    Macam macam yg awk dah lalui..
    Zety ni pulak baru lagi berkecimpung..
    1st anniv lun belum..huhu
    Zety lun harap one day blog zety pun mampu jana pemdapatan yg baik

    ReplyDelete
  4. dulu masa mula berblog tak kisah pun pasal benda lain. yg penting ada blog, ada post. post tu langsung tak kisah pasal apa dan kbykannya post ngok2 je hahah. skrg baru serious dlm dunia blog ni.

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan. Saya pun dulu pernah aktif blog sekitar tahun 2003-2004, excited menghias blog. Pernah sekali saya letak background sound di blog, bunyi air sungai mengalir. Ada kawan tegur, bisingnya blog saya. Haha, memang kenangan.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...