Buat sendiri jamu homemade...
Nak belajar buat jamu sendiri...? Mudah sangat sebenarnya dan tak payah membazir duit membeli jamu yang jual di pasaran tu. Jimat dan berbaloi-baloi. Jamu ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Tapi tak sesuai untuk perempuan mengandung. Bahan semulajadi yang biasa ada di dapur rumah kita.... tanpa bahan perapat tau...
Sangat bagus untuk ibu lepas bersalin. Lebih bagus lagi untuk ibu2 yang bersalin melalui pembedahan. Ia amat digalakan untuk makan jamu ini kerana bersalin pembedahan selalunya tak bertungku di bahagian perut dan angin banyak berkumpul berbanding bersalin normal .
Fungsi utama adalah buang angin dan kempiskan perut
Juga boleh diamalkan oleh yang dah lama tak bersalin, yang tua, yang muda, para gadis dan teruna. Yang tak boleh mengamalkannya cuma ibu hamil dan anak-anak kecil sahaja. Fungsi utama jamu ini adalah buang angin dan kempiskan perut. Ibu yang menyusukan anak boleh amalkan tapi kena tengok ketahanan anak, jika ada kesan sampingan pada anak. Biasanya tak ada apa-apa.
Bahan-bahan:
3cm halia
3 sudu besar halba
15 biji lada hitam
3 ulas bawang putih
Cara-cara:
Tumbuk halba sampai hancur. Lepas tu masukkan halia dan bawang putih dan tumbuk lagi. Akhir sekali masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur lumat semua.
Dah siap ditumbuk lumat... Gentel bulat-bulat kecil sebesar biji saga. Keringkan... samada di jemur atau keringkan dalam oven dengan suhu paling kecil.
Boleh juga atas tudung periuk di dapur gas pada api yang paling kecil. Sewaktu mengeringkan itu sentiasa balik-balikkan agar kering sekata.
Boleh juga atas tudung periuk di dapur gas pada api yang paling kecil. Sewaktu mengeringkan itu sentiasa balik-balikkan agar kering sekata.
Simpan di dalam bekas. Makan 2 biji hingga 4 biji setiap hari mengikut ketahanan dan keperluan badan. Jika banyak angin makanlah lebih dari 2 biji.
Tak akan rasa apa pun bila dimakan dengan segelas air. Telan sahaja.... lepas tu tunggu, perut akan bergegar. Asyik kentut dan sendawa. Itulah kesannya dan selepas itu anda akan rasa lebih lega, ringan dan sihat.
Dapat info bermanafaat ini dari group whatssap kawan-kawan....
p/s : Nak cari halba.... nak buat.... hihi!
Bahan bahan semua ada kat rumah. Halba bawang putih lada. Senang je nak buat 😃
ReplyDelete.
owh senang je rupanya..
ReplyDeletenk trylah ..hehe
Senang je nak buat jamu sendiri nie..
ReplyDeleteIngatkan kena rebus rupanya telan..huhuhu
Posting terbaru AM
6 makanan penyebab sakit sendi
Ikhlas dari
AlongMisuari.com