Wajah yang cantik, mulus dan indah idaman semua. Tapi tak semua orang mampu beli produk2 mahal. Tapi tak apa. Masih ada cara yang murah dan mudah untuk mendapatkan wajah yang cantik. Dengan menggunakan bahan2 disekeliling kita di dapur sahaja. Pastinya bahan2 ini bebas daripada bahan kimia berbahaya. Boleh berjimat pula tu.
Tip Wajah Cantik...
Madu
Lap wajah dengan tuala yang direndam dalam air suamuntuk membuka pori2 di wajah. Sapukan madu pada keseluruhan wajah. Biarkan sebentar selama 15 - 30 minit. Bilas kembali dengan air suam, kemudian lap wajah dengan air sejuk.
Telur
Buat masker dengan samada dengan putih telur atau kuning telur. Sapukan pada keseluruhan wajah dan leher. Biarkan sehingga masker telur mengering. Cuci dan bilas bersih dengan air sejuk.
Pisang
Kisar pisang hingga halus dan lumat. Sapu dan oleskan keseluruhan wajah hingga sekata. Biarkan sebentar selama 15 - 30 minit. Bilas dengan air suam, kemudian lap wajah dengan air sejuk.
Anggur
Ambil sebiji anggur yang masak ranum. Potong dua dan oleskan potongan anggur di sekitar wajah sampai rata. Setelah itu cuci dengan air sejuk.
Yogurt
Gunakan yogurt yang tidak mempunyai perisa. Untuk menyegarkan dan melembapkan wajah sapu rata yogurt di seluruh wajah. Biarkan sebentar selama 15 - 20 minit. Cuci dan bilas dengan air sejuk.
Susu
Gunakan kapas muka untuk sapuan rata susu keseluruh wajah. Biarkan sebentar. Bersihkan dengan air suam diikuti dengan air sejuk.
Inilah antara tip wajah cantik itu. Sebenarnya banyak lagi bahan yang boleh digunakan. Ikutlah kesesuaian yang anda kehendaki. Dengan amalan yang berterusan tak mustahil wajah akan menjadi lebih cantik, gebu dan mulus berbanding menggunakan produk2 komersial.
p/s : Nak berjimat dan tak perlu beli produk pencuci lagi... :)
Siapa je taknak cantik skrg ni. kan? heheh tapi malas tu Allah. hehe mcm yg komen ni la. Nak amalkan tu takleh betoi.
ReplyDeletetheathra.blogspot.my
piasang tu nk guna pisang apa?? masak ke mentah :D:D {pisang bnyk ni] hahahaha
ReplyDeleteThanks for sharing..! Lepas ni nak try lah..:D
ReplyDeleteSuka petua yang guna bahan Semulajadi ni...
ReplyDelete