07 November 2016

Ada Makanan Yang Tak Perlu Peduli Tarikh Luputnya..... Bolehkah?


Tekejut sangat aku.... biar betul? Aku terbaca satu artikel ni.... nak kongsi dengan para pembaca. Kalau barang dah tamat tempoh memang aku akan terus buang je. Itu sebab bila nak beli barang aku kena pastikan tarikh luput jauh lagi supaya sempat dihabiskan sebelum tarikh luput. Kalau tidak, bising anak2 bila dapat tau atau sedar tarikh luput dah dekat. Risau takut keracunan dan sakit bila termakan barang dah luput tarikh.

Menurut apa yang ditulis oleh penulis terkenal lifestyle iaitu Sadie L. Trombetta, kebanyakan orang ramai salah faham mengenai tarikh luput yang tertera pada label makanan. Sebenarnya tarikh luput itu adalah untuk memaklumkan pengguna tentang kesegaran makanan itu. Senang cerita, walaupun sudah lepas tarikh luput okay je anda nak makan lagi cuma kualiti rasa makanan itu mungkin berbeza sebab tidak sesegar masa anda mula-mula beli.

Ada tapinya juga  iaitu jika makanan itu sudah kelihatan teruk, busuk dan nampak lain macam je jangan teruskan niat untuk makan. Cuma yang pasti, beberapa jenis makanan  berikut masih elok lagi anda nak makan jika terlepas tarikh luput.....

Makanan Yang Boleh Anda Makan Walaupun Selepas Tarikh Luput....


Keju
Jika anda nampak kulat mula menumbuhi permukaan keju, jangan terus buang! Buang sahaja bahagian yang telah rosak dan selebihnya masih boleh digunakan lagi.

Bijirin sarapan pagi
Biji-bijiran memang mengandungi jangka hayat yang tinggi. Jika anda menyimpan dalam kondisi ruang yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari ia masih boleh dimakan selama sebulan dari tarikh luput.

Pasta
Sememangnya janga hayat yang tertulis pada pasta itu sendiri lama iaitu di antara satu hingga dua tahun, ia sebenarnya boleh bertahan lebih lama lagi. Ini kerana bahan tersebut tidak mengandungi air. Asalkan ia disimpan di dalam ruang yang tidak terdedah dengan cahaya matahari dan tempat kering, pasta yang belum di masak akan boleh tahan lama. Begitu juga dengan pasta yang telah dimasak, asalkan ia tidak mengandungi air dan dalam kondisi yang baik, ia boleh disimpan dan dimakan lebih kurang dua hingga tiga minggu. (jika tiada bau basi terhasil)

Roti
Ia memang akan basi, tetapi roti yang telah melepasi tarikh luput masih boleh dimakan lagi walaupun anda perasan timbulnya sedikit pertumbuhan kulat-kulat pada sesetengah bahagian roti itu. Tetapi jika roti tersebut berbau masam dan lain macam, jangan makan! Penulis Sadie L. Trombetta berkata, roti perancis kalau sudah melepasi tarikh luput merupakan roti yang masih enak dimakan.

Yogurt
Jika anda terlupa nak makan yogurt yang masih belum dibuka dan disimpan di dalam peti, jangan terus buang jika terlihat sudah melepasi tarikh luput. Ia sebenarnya masih selamat dimakan setelah satu hingga dua minggu dari tarikh itu. Tetapi awas kalau ada bau lain macam dan telah ditumbuhi kulat, jangan makan!

Kerepek Kentang (makanan ringan)
Jika bungkusan tersebut telah dibuka, kerepek kentang anda boleh dimakan untuk beberapa minggu. Tetapi jika masih belum dibuka, ia masih boleh dimakan sebulan selepas tarikh luput.

Coklat
Kalau anda perasan, coklat yang sudah lepas tarikh luput akan ditumbuhi dengan lapisan warna putih. Sebenarnya itu bukan kulat. Ia dipanggil chocolate bloom iaitu berpunca dari gula atau lemak. Dan ia selamat untuk dimakan. Jika ia disimpan di dalam ruang sejuk 70 darjah keatas atau ke bawah.

Rempah/sos
Biasanya rempah seperti sos tomato, mayonis dan jem kalau dah lepas tarikh luput kita memang campak dalam tong sampah je. Tak berani nak makan. Tetapi sebenarnya ia masih boleh dimakan! Sekiranya anda sudah membuka botol itu, hidu terlebih dahulu sama ada bau basi ke tidak. Manakala jika masih belum dibuka dan disimpan di dalam kabinet , ia boleh bertahan sangat lama dari tarikh luput yang tertera.

Makanan sejuk beku
Makanan sejuk beku memang diakui masih boleh dimakan meskipun telah melepasi tarikh luput. Tetapi jika sudah dinyahbekukan dan terdedah lama pada suhu bilik elok dibuang saja. 

Makanan yang dibungkus
Lebam yang terdapat pada timun, salad yang layu dan sebagainya sebenarnya masih boleh dimakan. Jika berkaitan dengan buah dan sayuran kalau anda lihat ia tidak membusuk, makan je tau!

Terpulang pada diri anda sendiri. Nak ikut tarikh luput dan nak makan atau buang. Sekiranya nak buang pun tak apa tapi jangan membazir. Lebih2 lagi di waktu ekonomi negara yang tak menentu kini...

p/s : Tu la haihh.... Semoga perkongsian ini memberi manafaat..

#kredit SINI

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...