Apabila memilih produk kosmetik, kenalah berhati2 dengan isi kandungannya agar tak mengandungi bahan merbahaya seperti merkuri. Produk yang mengandungi merkuri mempunyai kesan yang mencantikkan dengan cepat tapi mempunyai kesan jangka panjang yang sangat memudaratkan.
Bolehlah baca di bawah ni tentang ciri2 kosmetik yang mengandungi merkuri. Kongsi cerita dari FB. So, jangan terpedaya dengan produk2 yang tumbuh macam cendawan di pasaran. Kaji dulu sebelum membeli dan menggunakannya.
Ciri-ciri krim kosmetik mengandungi merkuri
2. Tidak homogen : Maksudnya, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.
3. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi?
4. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.
5. Panas dan gatal apabila di-seletkan dekat kulit lengan.
6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Kulit anda sedang berlaku irritation.
7. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.
8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan
9. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga kuman/ bakteria tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!
10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.
11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka.
12. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai).
BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI
1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.
2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.
3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.
4. Kerosakan buah pinggang : merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urine pun menjadi besinggggg *orang jawa kata* sekaligus merosakkan buah pinggang.
5. Risiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.
Jangan rosakkan diri sendiri demi mengejar kecantikan. Buat apa cantik sekejap tapi kesan mudaratnya sepanjang hayat.
p/s : Berhati2lah... Untuk diri sendiri juga... hmm!
Terima kasih berkongsi info berguna. Hhehee. sellau beli produk murah untuk test dekat muka nak conteng2. baru tahu kenapa ada warna putih mengilat. rupanya sbb nak 'tutup' merkuri
ReplyDeleteowww, menakutkan. thanks sharing info yg sangat berguna ni 😍
ReplyDelete