Cerita hari ini, sempena cuti deepavali..... kita orang tak kemana2 aku temankan ajelah anak2 berjogging di tasik berhadapan Kompleks PKNS Shah Alam pagi tadi. Sambil2 tu berkelah sekali dengan juadah kuey teow goreng. Sendiri bikin punya. Kelmarin ingat dah tak jadi sebab anak yang bongsu sikecik chubby tu demam tapi kuat semangat dia.... Sihat la sikit nampaknya dia hari ni.
Anak remaja perempuan aku ajak kawan2 dia sekali. Eloklah tu, lebih meriah sikit suasana. Seronok tengok anak2 bergembira dapat berjalan2 sambil beriadah dengan berjogging walaupun ini je lah tempat yang termampu aku bawa pergi. Aku pun dah lama tak kemana-mana. Terperap jer kat rumah. Suri rumah lah katakan....!
Mesti berjimat dan berhemat..... itulah motto hidup kami sekeluarga. Kalau tidak, tak berkecukupanlah jawabnya. Alhamdulillah tak pernah pulak terlepas makan minum setiap hari. Tak perlu cakap banyak2 hal sendiri. Bukan senang orang nak mempercayainya. Apapun aku redha atas setiap rezeki dan ketentuannya.
p/s : Melalut ke laut plak.... hihi!
lamanya tak jogging... btw mak ngn anak same je comel.. Moga jadi anak soleha
ReplyDelete