23 June 2021

Tidur Bersama Solekan, Jangan Amalkan......

Apabila pulang dari keluar kemana-mana, balik jauh malam dan muka penuh dengan solekan. Apatah lagi waktu berhias keluar ke majlis yang memerlukan bersolek tebal seperti contohnya majlis perkahwinan dan majlis makan malam di hotel ternama. Badan dah letih, mata pula mengantuk, jadi terus baring untuk tidur bersama solekan. Tak elok tau tidur bersama solekan, jangan amalkan....

Tidur Bersama Solekan, Jangan Amalkan......
Tidur Bersama Solekan, Jangan Amalkan......


Seletih mana pun kita, waktu nak tidur tu mesti amalkan mencuci solekan terlebih dulu. Jangan terperangkap tidur bersama solekan dengan sifat malas dan memberi alasan keletihan. Bukannya lama, seusai dalam masa 3 minit, wajah dah siap dicuci. Selebihnya bolehlah disapu krim malam agar kulit menjadi sihat. 



Tak sapu apa-apa  pun boleh asalkan tidak tidur bersama solekan. Tak memudaratkan tidur tanpa memakai krim malam, yang mudarat adalah tidur bersama solekan. Ada yang tak kisah, tapi yang menanggumg akibat mereka juga apabila muka tak berseri dan kusam. Lepas tu, salahkan produk penjagaan wajah yang di gunakan ataupun produk solekan yang tak berkualiti. Yang salah adalah tidur bersma solekan sebenarnya. Apolah...!

Apa sebenarnya yang terjadi jika kita tidur dengan wajah masih bersolek iaitu tidur bersama solekan? Percayalah tiada satu pun manafaat yang dapat selain rasa tidur dengan cantik bagaikan Sleeping Beauty. Di sini  dihuraikan antara akibatnya. dengan tidur bersama solekan.

Tidur Bersama Solekan, Jangan Amalkan......


#1 Kulit kering Dan Cepat Berkedut

Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.

#2 Bakteria Terperangkap

Bila bedak asas atau bedak kompak meliputi muka dari siang ke malam, banyak kotoran dan bakteria sudah terperangkap. Bakteria-bakteria yang terperangkap di dalam pori wajah akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat dan lama-kelamaan menyebabkan kulit menjadi kusam.

#3 Iritasi Mata

Partikel-partikel maskara boleh membuatkan folikel tersumbat dan akhirnya menyebabkan iritasi pada mata sekaligus menyebabkan radang mata. Anda akan lihat mata akan menjadi merah-merah dan garis halus sekitar mata juga lama-lama akan muncul.

#4 Bulu Mata Gugur

Memakai maskara terlalu lama juga boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan mudah gugur. Bayangkan apa lagi yang boleh berlaku jika anda tidur dengan bulu mata palsu masih terlekat di mata? Hmmm…!

#5 Bibir Kering Dan Pecah

Tidur dengan gincu masih bersalut pada bibir menyebabkan bibir kering dan pecah-pecah, tidak kiralah apa jenis gincu sekali pun, frosted, glos mahupun pusam. Ramai dermatologi menyarankan sapuan pelembap atau gloss bibir sebelum tidur kerana suhu rendah pendingin hawa boleh menyebabkan bibir kering.

Dah baca? Takutkan akibatnya. lain kali jangan bermalasan lagi untuk membersihkan mekap dan tidak tidur bersma solekan. Jauh lebih banyak buruk dari hampir tiada kebaikan langsung. Janganlah amalkan tidur bersama solekan ini, buruk padahnya. Muka boleh jadi rosak a.k.a breakout jika jadi amalan dalam kehidupan. Ngeri dan takut di buatnya. Jadikanlah kesan tidur bersama solekan ini sebagai pengajaran.

Nak dapatkan banyak informasi terbaik di blog ini, klik SINI

p/s : Bahaya kan? Jadi , lepas ni beringatlah, jangan tudur bersama solekan. Tidur dengan wajah yang bersih bagus untuk wajah lebih berseri dan anti penuaan, gittew!

#kredit:  eh.com.my

1 comment:

  1. Rasenye tak ..aku kan lelaki..cuma wife aku tak pernah buat perangai mcm ni...

    filem10minit.blogspot.com
    Filem Seram Pendek

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...