Kalau tetiba tumbuh jerawat batu yang nak meletus macam gunung berapi.... tak payah susah2 nak cari ubat kat farmasi lagi. Kita cuba idea murah dan mudah ni. Barang yang sentiasa ada di dapur. Biasa digunakan untuk buat rendang dan masak lemak serta beberapa masakan kampung lagi.
Kunyit..... menerusi beberapa kajian, telah terbukti mempunyai bermacam-macam khasiat perubatan. Kandungan antiseptik yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet. Disebabkan kesannya yang menakjubkan pada kulit, pakar kecantikan dari seluruh dunia kini mula menyedari dan menggunakannya ke dalam produk kecantikan masing-masing.
Cara mudahnya untuk megecutkan jerawat dimuka.... tumbuk seketul kunyit hidup sehingga lumat dan tepekkan di muka. Biar seberapa lama yang boleh. Lepas tu cuci macam biasa. Ulang rutin ini beberapa kali sehingga jerawat hilang sepenuhnya. Ambil masa dalam 2 - 3 hari juga lah.
Untuk kesihatan dan kecantikan kunyit boleh juga di buat jus dengan hanya kisar kunyit hidup dengan air masak, tapis dan hidangkan dengan sedikit asam keping serta gula melaka. Jika diamalkan, ia dikatakan mampu memperbaiki sistem dalaman tubuh badan.
Pendek kata selain mengecutkan jerawat, ada macam2 lagi kelebihan kunyit. So, Sama-samalah kita menjadi segar dan cantik dengan kunyit...... Dan yang pasti jerawat tak menyinggah lagi.!
p/s : Rawatan kecantikan yang boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri. Jom cuba....
#kredit SINI
No comments:
Post a Comment