05 September 2016

Limau Bali.... Eh..eh Limau Tambun.... apa2 ajelah!


Balik kerja pagi ni en. somi bawa bali 2 biji limau bali. Di sedekah oleh kawan2 tempat kerja yang pulang berkursus di Ipoh. Di Ipoh terkenal dengan buah ni. Banyak dijual di gerai2 tepi jalan di kawasan Tambun. Jadi, buah ni juga dikenali dengan nama limau tambun.

Kat rumah keluarga aku, jauh sikit dari bandaraya  Ipoh ni ada sepokok limau bali ni. Ditanam di depan tangga dapur rumah. Jadi, sejak aku kecik lagi aku dah kenal buah ni. Tapi pokok ni sekarang dah tinggal tunggul jer sebab dah tua. So, dah nak mati... pokok ni di tebang la. 

Banyak kenangan dengan pokok ni,.. masa pokok ni berbunga lebat, satu rumah harum bau limau. Bila dah keluar buah kena balut, kalau tidak habis busuk di korek lalat buah. Ramai penggemar buah ni datang membeli. Yang paling ku ingat apek jual ikan.  Siap tempah tu.

Masa baru kahwin dulu, buah ni sering jadi ole2 dari kampung. Sekarang dah tinggal kenangan sebab pokok dah  tak ada. Ada ditanam pokok ni kat tempat lain tapi tak berbuah elok. Tak sesubur depan tangga dapur tu. Buah ni bukanlah buah kegemaran aku dan anak2. Setakat  boleh makan ajelah.

Dapat 2 biji ni, aku panjangkan sedekah pada jiran sebelah. Cukup la sebiji buah ni untuk kami sekeluarga. Pada yang memberi.. terimakasih daun keladi :)

p/s : Musykil sikit dengan nama buah ni... camne dapat nama bali tu...eh!


5 comments:

  1. Nampak sedap limau bali nie tapi saya tak berapa gemar sangat sebab slalu dapat buah yang masam...

    ReplyDelete
  2. ya memang sedap kalau cacah sama kicap pedas sambal belacan.(>.<)Sertai Segmen tonton lagu sudah ku tahu versi ucing :cool:

    ReplyDelete
  3. Dari dulu sampai skrg tak suka buah ni sbb asyik dapat yg kelat :(

    ReplyDelete
  4. feveret sangat buah limau bali ni akma :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...