29 August 2016

Tak Perlu Berus, Kesan Kehitaman Lantai Boleh Dihilangkan.......


Bila lantai jubin dilihat semakin berdaki dan kehitaman mulalah berusaha gigih dengan memberusnya. Tetapi memakan masa yang lama dan memenatkan.

Persoalannya ada ke cara yang boleh membuatkan celah lantai jubin tidak berdaki dan kehitaman tanpa memberus ? Sebenarnya memang ada ! Ada 2 cara....

Cara 1
Bahan-bahannya:
7 cawan air
1/4 cawan cuka
1/3 cawan jus lemon
1/2 cawan baking soda

Cara-caranya:
Anda hanya perlu mencampurkan bahan-bahan tersebut dan terus disapu pada celah-celah lantai yang berdaki.

Anda boleh sahaja biarkan semalaman dan bilas terus. Tetapi jika anda inginkan result yang cepat, biarkan sebatian lebih kurang 20 minit kemudian gunakan berus gigi lama untuk menggosok perlahan-lahan dicelah-celah lantai jubin itu.

Menariknya dengan teknik ini, biarpun anda menyental dengan berus gigi, anda tak perlu menyental bersungguh-sungguh kerana kotoran tersebut akan mudah terhakis.

Cara 2
Bahan-bahannya:
Cecair peluntur
Baking soda
Kapas

Cara-caranya:
Bancuhkan kedua-dua bahan tersebut di dalam suatu bekas. Celupkan kapas ke dalam sebatian itu. Susun kapas pada celah-celah lantai jubin yang berdaki. Biarkan semalaman dan bilas.

Hasil celah lantai yang telah dibiarkan semalaman dan dibilas. Kesan daki yang kehitaman itu akan hilang.

Selamat mencuba..... Sharing is caring.... :)

p/s : Rajin2kan diri anda mencuci... hehe!

#kredit SINI


7 comments:

  1. Perkongsian yang bagus..
    AM nak naik rumah baru boleh try la caya nie..xperlu guna asid la nanti..jimat2..semua bahan dah ada pun kat rumah sewa sekarang..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. Ok..thanks for sharing...kadang2 kita x notice pun benda keliling kita boleh guna kan...

    ReplyDelete
  3. seronok nya tgk.. tp masalah skang risau nak biar semalaman tkt anak kutip mkn je..

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing this useful tips! :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...