10 August 2016

Kulit Telur Ubat Pembunuh Serangga Perosak Di Rumah...


Boleh halau semut, lipas dan tikus dengan kulit telur jer..... ? Biar betul. Ternganga aku sekejap. Puas la beli penyembur serangga dan racun. Racun ni..... agak bahaya nak letak ditempat2 terbuka. Lebih2 lagi kalau ada anak kecil. Kulit telur dah tentu tak bahaya... huhu!

Boleh juga digunakan pada tanaman plak tu... Kalau dalam rumah biasanya semut, lipas dan tikus serta anai-anai. Pada pokok tanaman, siput babi, belala, kutu daun, hama, parasit pokok, semut dan bena putih boleh dihindarkan.

Info yang sangat menarik dan mengujakan bagi aku. Kosnya sangat2 murah dan berbaloi. Hanya perlu mengumpul kulit2 telur yang telah digunakan. Sunat kita ikhtiar hindar binatang-binatang kecil ini dari mudaratkan kita dan mendatangkan penyakit... ya tak?

Caranya :

Kulit telur dikeringkan dulu, lepas itu tumbuk/blend halus menjadi serbuk seperti tepung. Simpan dalam botol kaca supaya tahan lama.Tidak memudaratkan manusia. Tabur di kawasan tanaman anda yg terkena serangan serangga perosak.

Bagi tikus, tabur tempat laluan tikus itu contoh bawah pintu dapur anda. Jangan terlepas seinci pun laluannya. Lipas pula sama tabur saja serbuk itu di celah celah dapur anda yang anda pasti laluan lipas Sebelum malam mulakan tabur. Esok siang pergi kemas pasti banyak bangkai - bangkai serangga terkulai.

Anai-anai pula tabur di lubang utama keluar masuk sarang mereka. Kalau dapat jumpa sarang lagi bagus. Semua akan mati akibat menghidu serbuk kulit telur. 

Untuk perosak tanaman, tabur disekeliling tanaman atau di dalam pasu. Boleh menyuburkan tanaman juga. Boleh juga bancuh dan spray pada daun2 yang terkena parasit dan bena putih.

Moga-moga ianya memberi manfaat kepada anda semua. Sharing is caring.... from FB.

p/s :  Lepas ni tak payah susah2 tabur racun... tabur serbuk kulit telur je.  Masaalah selesai....!

#kredit SINI


2 comments:

  1. betul ke ni? wah jimat lah duit nak beli racun serangga untuk pokok =)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...