15 August 2016

Hampeh Betul, Ambil Upah Buat Slip Palsu Plak!


Heboh kat internet pasal ni.... Ada yang ambil upah buat slip palsu untuk pembeli online. Maksudnya menggalakkan pembeli online menipu la tu. Tak beretika betul.... tak patut, tak patut. Rasa nak tumbuk2 jer muka orang tu.  Kalau ada peniaga  yang terkena...kesian la dia. Nak plak yang baru bermula nak buat dropship.... bukannya untung banyak pun. Berhengget2 jer.

Untuk para peniaga online dan para dropshipper sewajarnya ada perbankan online. So, semua maklumat di hujung jari jer. Bila ada pelanggan yang buat bayaran.... boleh terus check di akaun melalui henpon jer. Senang, mudah dan cepat.... dah tentu tak kena tipu.

Nak buat perbankan online ni... mudah jer. Semestinya ada akaun bank. Kalau tak ada.. buat dulu. Daftarkan no. henpon  di kaunter bank. Set username dan password. Pada henpon, install aplikasi bank anda. Lepas tu boleh la tengok baki akaun dan buat pemindahan duit bila2 masa jer. 

No. henpon tu digunakan untuk mendapatkan tac bila buat pindahan duit la. Dengan itu tak ada sesiapa yang dapat menipu dengan slip palsu macam tu. Sebagai peniaga online, aku menggunakan bank maybank dan cimb. Selagi aku tak check akaun....  aku takkan noted order yang masuk. Apatah lagi nak bungkus dan pos...

p/s : Jangan harap nak tipu aku... tak layan!




1 comment:

  1. Singgah pagi isnin...
    ish²..ada juga org cmtu ya...
    Tak baik la...berhati² ya peniaga online...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...