20 June 2016

Trend Terkini Baju Raya 2016... Kerawang dan Sedondon


Dah beli baju raya.... ? Hmm, walau ramai yang dah buat persiapan awal tapi masih ramai yang buat persiapan di saat akhir. Terkocoh2 la memilih, memenuhkan shopping komplek tu. Aku tak suka, rimas, panas  dan akhirnya dapat baju yang tak menepati citarasa.

Dalam online pun, pakaian dah banyak sold out walau dah restock berkali2. Ada tu siap merayu2 nak kan baju tu... Kami seller ni kalau bole nak memenuhi setiap keinginan pelanggan. Tapi apakan daya..... Tu la, masa baju2 tu lalu lalang kat timeline korang, buat tak nampak jer, tak nak order cepat2... Kan dah tak dapat, menangis menggogoi la sendiri... 

Trend baju raya terkini... lebih kearah tradisi... Baju2 bertampal kerawang emas dan perak menjadi rebutan ramai. Cantik berseri2 jubah, baju kurung dan blouse di tampal dokoh kerawang ni. Bagi lelaki, kurta pun sangat2 laris di pasaran.

Set sedondon suami isteri pun sangat laku keras. Ada juga set ibu dan anak perempuan. Cantik2 belaka.... Semuanya laku macam goreng pisang panas jual tepi jalan tu. Tak sempat sambar... abis. Macam la supplier tu buat 2 - 3 helai jer... Tapi yg aku dengar... 700 pasang habis semalaman jer....

Ada stok masih pada tukang jahit lagi... dah habis. Sebab semua stok tu dah bertuan. Habis di booking awal. Dah bayar penuh tu....  Trend warna tahun ni.... rasanya royal blue. Emerald green masih juga masih mendapat tempat. Di samping warna2 lain.

Kesimpulannya ramai yang dah pandai membeli secara online. Dan sanggup mengambil risiko.Walau ada yang kena tipu dari pembelian online tapi masih ramai lagi penjual yang jujur. So, tak payah susah2 berebut, berasak2, panas dan penat cari parking.... lepas tu menapak jauh ke shopping komplek... 

Kesimpulannya... beli je la online macam aku... dengan aku.... hahaha...!!!

Nak shopping..... klik SINI

p/s : Sempat lagi promote tu.... huhu!

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...