Kuku yang sihat akan kelihatan licin, bersinar dan bersih. Keadaan kuku akan memberi tanggapan terhadap kesihatan dan kecantikan diri seseorang. Maka adalah penting untuk menjaga kesihatan dan kebersihan kuku.
Oleh itu terdapat beberapa tip yang dapat dijadikan panduan dalam menjaga kuku. Di antaranya ialah:
Mengambil Makanan yang Sihat
Terdapat pelbagai makanan berkhasiat yang dapat menjadikan kuku kuat, sihat dan nampak menarik. Antaranya adalah seperti timun, bawang putih, kekacang, bawang besar, telur, beras perang, asparagus, hati, salmon, tuna, anggur dan epel.
Jangan Mengigit Kuku
Tabiat mengigit kuku akan menyebabkan kuku rosak(kelihatan pecah dihujung). Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis, mengigit kuku boleh menyebabkan jangkitan pada kuku.
Penggunaan Kuku
Jangan menggunakan kuku untuk membuka atau mencungkil sesuatu objek keras. Ini kerana boleh menyebabkan kuku bercalar, serpih dan patah.
Pengambilan Multi Vitamin
Amalkan pengambilan vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku.
Gunakan Pelembap
Seperti kulit, kuku juga memerlukan pelembap setiap hari. Cukup dengan memakai losen badan atau lotion kuku.
Membantu Pertumbuhan Kuku
Pengambilan kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan menjadikan kuku kuat. Elakan Pengambilan gula dan alkohol yang berlebihan kerana dapat merosakkan
p/s : Ala... kuku jer, tapi itulah yang penting... sebab melakukan hampir segalanya menggunakan tangan :)
#kredit SINI
great
ReplyDelete