18 May 2016

Tip Diet Yang Bagus Untuk Dipraktikkan....


Dapat artikel ni tadi selepas godek2 internet. Baru ku tahu, diet yang betul akan melibatkan aturan pemakanan mengikut usia dan aktiviti. 

Kita ikuti tip berikut untuk mendalami bagaimana cara terbaik untuk berdiet dengan betul dan sihat.

- Makanlah buah-buahan yang dipotong secara kecil-kecil bagi menggantikan snek yang tidak menyihatkan.
- Pilihan terbaik untuk meningkatkan tenaga ialah pisang, kacang dan yogurt rendah lemak.
- Susu soya adalah alternatif yang baik kerana ia rendah lemak.
- Jika anda ingin mengambil minuman bersoda, pilihlah yang khusus untuk diet.
- Carilah rakan untuk berdiet bersama. Cara ini dapat memberikan motivasi buat anda untuk terus berdiet.
- Pilih makanan yang direbus atau dipanggang. Sebaiknya, elakkan makanan yang bergoreng.
- Catat menu makanan yang telah anda makan dan lakukan ia secara konsisten. Selain dapat melihat hasilnya, ia juga dapat memberi petunjuk kepada anda menu apakah yang sesuai untuk menurunkan atau mengekalkan berat badan.
- Jadikan wanita yang bertubuh langsing sebagai inspirasi anda.
- Sentiasa membawa sebotol air putih walau ke mana anda pergi. Ia bagi membantu mencegah anda daripada dehidrasi.
- Jika anda seorang penggemar roti, pilih roti jenis wholegrain.
- Pilih sayuran hijau atau teh hijau yang akan menguntungkan kesihatan anda. 

p/s : Jom diet... jangan terbabas yer!

#kredit SINI

3 comments:

  1. Tips yg berguna nih , boleh try amalkan .hihi

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. is it okay for us to drink soda diet ? i mean bukan ke kandngan gula dalamm soda tu still tinggi ? may give opinion ?thanks

    The Talking Diary

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...